Pantai Tanjung Bidara Tempat Peranginan Menarik Di Melaka

Pantai Tanjung Bidara Melaka

Assalamualaikum. Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson. Pantai  ini merupakan tempat menarik di Melaka.

Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai. Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

Pantai Tanjung Bidara merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik. Jangan lepaskan peluang untuk datang bersantai bersama keluarga di pantai ini.  Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PANTAI TANJUNG BIDARA SANGAT CANTIK DAN INDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Tanjung Bidara Beach, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Tanjung Bidara

Aktiviti Sesuai

Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutihmenjadikan tempat ini sangat sesuai untuk berkelah dan bersantai. Anda boleh membawa makanan dan berkelah di pantai ini. Selain itu, anda boleh mandi manda di pantai. Pengalaman ini pasti menjadi kenangan yang terindah.

Penginapan yang Ada

  1. Tanjung Bidara Beach Resort

Resort ini bertaraf 3 bintang yang telah lama terkenal di Melaka. Menyediakan bilik mengadap laut dan chalet yang selesa untuk keluarga.

2. Hotel- hotel di Sekitar Pantai

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Tanjung Bidara

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Tanjung Bidara

Nice beach with shower facility and some sea sports. Rashedul Hasan.

Nice. Ahmad Rijalullah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada cutikemelaka.blogspot.my, ww1.utusan.com.my, alynnmalynna.blogspot.my dan www.percutianbajet.com kerana berkongsi maklumat yang berguna dan membantu. Gambar-gambar yang dikongsikan juga sangat menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Tanjung Bidara, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Tanjung Bidara.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleJasin Hot Spring Tempat Menarik di Melaka
Next articleMasjid Kling Tempat Menarik Di Melaka
pantai-tanjung-bidara-tempat-peranginan-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!