Pantai Sri Tujuh Tempat Pelancongan Menarik di Tumpat Kelantan

Pantai Sri TujuhAssalamualaikum. Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik di Daerah Tumpat.

Pantai Sri Tujuh ini menghadap ke arah Laut China Selatan yang bersempadan dengan negara jiran, Thailand. Terdapat beberapa teluk dan beting pasir boleh disaksikan di beberapa kawasan pantai menambahkan lagi keindahan landskap Pantai ni. Suasana damai yang ada disini mampu menenangkan fikiran dan sangat sesuai bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukkan kota ataupun bebanan kerja.

Pemandangan di bawah pohon rhu juga sangat cantik terutamanya ketika waktu tengah hari. Cahaya matahari yang bersinar di sebalik pohon rhu sangat menenangkan hati bahkan mampu menggamit satu perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Pantai Sri Tujuh ini juga tidak pernah putus dengan kunjungan orang ramai termasuklah pelancong luar yang ingin bersantai di pantai ini. Suasananya sangat meriah lebih-lebih lagi ketika waktu cuti, ramai keluarga yang datang berkelah ke sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! PANTAI SRI TUJUH SANGAT CANTIK DAN MENARIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Pantai Tujuh, 16200 Tumpat, Kelantan.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Sri Tujuh

Aktiviti / Tarikan Menarik

  • Fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain
  • Pelbagai aktiviti sukan air termasuk berenang
  • Bermain bola tampar
  • Berkhemah
  • Pertandingan wau Antarabangsa
  • Melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai
  • Bot ski
  • Menikmati panorama laut
  • Berkhemah sambil memancing ikan
  • Muzium Wau Kelantan

Kemudahan Yang Disediakan

  • Chalet – Pantai Sri Tujuh
  • Asrama
  • Taman permainan
  • Tandas awam
  • Kedai makan
  • Restoran
  • Dewan serbaguna
  • Masjid
  • Kolam mandi / Taman Mini Air
  • Gelanggang futsal
  • Padang latihan bermain golf
  • Bot Kayuh

Tempat Menarik Berhampiran

Di pantai ini juga, terdapat sebuah masjid yang tersergam indah yang dibina untuk kegunaan orang awam. Manakala, bersebelahan Pantai Sri Tujuh, terdapat satu lagi pantai yang dikenali sebagai Pantai Geting. Pantai Geting ini juga terkenal dalam masyarakat Melayu dan sering dijadikan sebagai destinasi berkelah bersama keluarga.

Di Pantai Geting ini juga, sering diadakan acara-acara yang pastinya akan memukau hati pengunjung. Antara acara yang sering diadakan di Pantai Geting ini ialah Pesta Wau kebangsaan. Pesta ini tidak pernah mengecewakan pengunjung dengan adanya pelbagai jenis wau yang dipertontonkan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Sri Tujuh

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Sri Tujuh

 

One of the tourist spots in Kota Baru Tumpat district. Sam Jisam.

Pemandangan kawasan lagun yang menarik. Jom Ride Sokmo.

Boleh hilang bosan tengok pantai. Downhill Cycle.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.come2kelantan.my dan www.orangkelantan.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Dengan adanya pantai yang cantik serta menenangkan jiwa, pasti hal ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka. Kenangan berada di pantai juga bukanlah sesuatu yang dapat dilupakan dengan mudah kerana pantai itu sendiri mampu mencipta kenangan terindah kepada tetamunya.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Sri Tujuh, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Sri Tujuh.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleAir Terjun Lata Berangin Tempat Menarik di Kuala Krai Kelantan
Next articleAir Terjun Putri Mandi Tarikan Utama di Hutan Lipur Titi Hayun Yan Kedah
pantai-sri-tujuh-tempat-pelancongan-menarik-di-tumpat-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!