Pantai Puteri Tempat Menarik di Melaka

6507

Pantai Puteri MelakaAssalamualaikum. Walaupun Melaka sangat terkenal dengan tempat bersejarah namun tidak bermakna Melaka tiada tempat menarik di tepi pantai ataupun tarikan semulajadi yang boleh anda kungjungi untuk bersantai bersama keluarga. Salah satu tempat tempat menarik di Melaka yang boleh dikungjungi ialah Pantai Puteri.

Pantai yang dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundor itu bukan lagi asing dalam kalangan pengunjung berbilang kaum daripada pelbagai peringkat usia. Selain suasana pantai yang nyaman, kebersihan serta keindahan Pantai Puteri menjadi antara faktor tarikan utama pengunjung.

Deruan ombak yang menenangkan serta panorama indah matahari naik dan terbenam menghadap Selat Melaka sepanjang 2.5 kilometer pantainya itu memberikan lebih kepuasan kepada pengunjung. Bukan hanya dapat melihat aktiviti para nelayan menjalankan kerja-kerja menangkap hasil laut malah, pengunjung berpeluang membeli pelbagai hasil laut segar termasuk ikan, ketam, sotong dan udang di gerai jualan berhampiran pada harga berpatutan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke Pantai Puteri apabila berkungung ke Melaka. Anda dapat bersantai sambil dihidangkan dengan panorama keindahan pantai yang sangat cantik dan menarik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PANTAI PUTERI YANG CANTIK DAN BERSIH DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Puteri, Kampung Pantai Kundor, Tanjung Kling, Malaka.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Puteri

Aktiviti Menarik

Pelbagai aktiviti sampingan termasuk memancing, riadah, berkhemah dan berkelah, pantai yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar itu aktif dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan terutama setiap kali tibanya hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan.

Kemudahan dan Kelengkapan

Pantai yang telah diwartakan sebagai salah satu kawasan pelancongan di negeri ini telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana utama. Ini termasuk bekalan elektrik, masjid, tandas awam, restoran dan kedai makan berhampiran serta kemudahan penginapan termasuk hotel serta calet.

Prasarana Sekitar Pantai

Antara prasarana lain yang turut dilengkapi sekitar pantai itu termasuk sekolah, balai raya, klinik kesihatan dan balai polis.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Puteri

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Puteri

 

Tempatnya sangat indah. Nurmila Sari. 

Terbaik. Memang untuk santai beriadah, jamu mata dengan aksi lasak dijalanan, dipantai pula boleh bersantai. Dak Jon.

Tenang rasenya dekat pantai puteri, air laut cantik, kekalkan kebersihan pantai, in sha Allah boleh datang lagi. Mimi Azmyra.

Lokasi menarik, sesuai untuk percutian keluarga. Halimah Samsuddin.

Lokasi yg menarik, pantai peranginan, tempat percutian keluarga yang hebat. Rosnah Ros.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada inibelogyuyue.blogspot.my, kinazone.blogspot.my, pantaiputeri.hotels, www.utusan.com.my dan www.azhafizah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat membantu dan berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Puteri, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Puteri.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePerigi Hang Tuah Tinggalan Sejarah di Melaka
Next articleSkytrex Melaka Tempat Riadah Menarik