

Assalamualaikum. Pengkalan Balak merupakan sebuah pekan lama di Melaka. Pantai Pengkalan Balak merupakan tumpuan pelancong. Pantai ini merupakan tempat menarik di Melaka yang wajib dikungjungi.
Pesisir pantainya yang luas didampingi dengan keindahan dan keunikkan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitaranya aman dan damai. Pantai ini merupakan tempat perkelahan terkenal di Melaka. Penduduk tempatan dan luar akan datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga.
Di musim cuti sekolah, pantai ini akan dipenuhi dengan pelancong di dalam mahupun luar negara. Di tepi pantai Pengkalan Balak ini terdapat banyak restoran tepi pantai dan juga gerai-gerai yang menjual bergabai-bagai makanan, pakaian dan permainan. Jadi selain bersantai anda juga dapat makan dan membeli belah.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke pantai ini. Habiskan masa bersama keluarga anda disini. Anda pasti berpuas hati berkelah di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
PANTAI PENGKALAN BALAK TEMPAT BERKELAH POPULAR DI MELAKA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Masjid Tanah, Melaka.
- Nombor Telefon : 06-384 8666
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pantai Pengkalan Balak
Aktiviti Menarik
- Mandi laut
- Berkelah
- BBQ
- Aktiviti Pantai
Kawasan Menarik Berdekatan
Kawasan tarikan disekitarnya termasuklah Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah, Pantai Kamunting. Terdapat banyak chalet yang dibina berhampiran kawasan pantai dan kadar harga adalah lebih murah jika dibandingkan di tempat lain.
Chalet dan Resort Berhampiran Yang Viral
1. The Fuga Village
Di sebalik dinding tinggi, sebuah resort yang dinamakan Fuga Village merupakan sebuah kawasan kediaman yang amat privasi. Ia merupakan sebuah resort kecil dengan bilik gaya rustik dan laman yang dijaga rapi dan mula beroperasi semenjak Februari 2015. Mempunyai dua jenis bilik iaitu seunit The Villa dan 6 unit Chalet. The Villa memuatkan 1 katil queen dan 2 katil bujang dengan tab mandi manakala Chalet pula hanya menempatkan katil queen. Semua bilik dilengkapi dengan pancuran terbuka. Dipping pool juga terdapat disini selain pelbagai aktiviti seperti bbq, bola tampar pantai, banana boat, badminton dan lain-lain lagi. Bermula dengan harga RM185 untuk Chalet dan RM365 untuk The Villa, anda boleh menempah Fuga Village melalui website Airbnb, Booking.com atau menelefon terus ke kaunter tempahan.
2. Desa Damai Calet
Chalet ini mula beroperasi semenjak 2014 mula menjadi viral pada pertengahan tahun 2015. Kini semakin ramai yang berkongsi foto di media sosial kerana keunikan binaan deretan kediamannya berkonsepkan rumah tradisional Melayu. Kekemasan susun atur bangunan dan keindahan tamannya menjadikan chalet ini mendapat perhatian ramai. Bermula dengan harga RM150, anda boleh membuat tempahan melalui panggilan telefon atau melalui website mereka.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Pengkalan Balak
Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Pengkalan Balak
My kids love and enjoy at the beach.i will come again .food delicious.seafood fresh and variety. Kemy Lya.
Cool kampong overnight getaway, a lot of chalet n homestay, nice long clean beach. smk dawson.
Nice and Peace beach to relax your mind from your duties and stress. Hunter Slayerz.
The best for weekend holiday, have banana boat, jet sky and a lot of tourism from local n foreign, seriously recommended and you will enjoy especially on holiday time. ayie faiz.
Nice beach, with view of Straits of Malacca. Reasonably clean. Foodstalls along the beach, mostly Malay food. Nice food and environment. Morgan Rangasamy.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada supermengmalaya.blogspot.my, www.percutianbajet.com dan www.destinationmelaka.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata pantai ini mempunyai keunikkan dan tarikan yang tersendiri.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Pengkalan Balak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Pengkalan Balak.