Pantai Pasir Tengkorak Tempat Menarik Di Langkawi

Pantai Pasir Tengkorak

Assalamualaikum. Langkawi sememangnya dikelilingi oleh laut dan pantai yang indah. Pantai Pasir Tengkorak merupakan sebuah pantai yang terletak di Datai. Ia kurang dikenali oleh pelancong kerana lokasinya agak jauh dari tempat tumpuan tetapi sebenarnya pantai ini menjadi pilihan penduduk tempatan untuk berehat sambil mandi manda. Pantai ini merupakan  tempat menarik di Langkawi yang harus dikungjungi.

Pantai yang berpasir putih dan airnya jernih kristal pasti akan memikat hati anda. Keindahan pantai ini akan membuatkan anda rasa terpegun. Pantai ini juga mempuyai tempat yang berbatu dimana ukiran-ukiran batu ini seperti tengkorak. Persekitaran disini sangat bersih kerana dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Hutan Langkawi. Sangat unik dan cantik, sangat sesuai untuk abadikan kenangan anda dipantai ini dengan mengambil gambar.

Anda boleh beriadah bersama keluarga sambil mandi manda. Pasti menyeronokkan melakukan aktiviti keluarga bersama di pantai ini. Bawa makanan bersama dan anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan yang indah di pantai ini. Admin pasti anda akan berpuas hati dan tidak akan menyesal apabila sampai disini.

Jadi, berkungjunglah ke pantai ini bagi merasai sendiri panorama yang sangat cantik dan indah. Ketenangan pasti menunggu anda disana. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua. Diharapkan bermanfaat untuk semua pembaca.

MENAKJUBKAN! PANTAI YANG SANGAT TENANG DAN INDAH DI LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia. 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi

Lagenda Pantai Pasir Tengkorak

Mengapa pantai ini diberi nama yang agak menakutkan dan menyeramkan? Mengikut lagenda tempatan, suatu masa dulu terdapat raksasa laut atau air pusar yang menenggelamkan banyak kapal dan kemudian mencampakkan tengorak mangsanya di pantai ini.

Mengikut satu lagi lagenda, satu pertempuran hebat di antara Jentayu dengan Garuda berlaku di pulau berdekatan.yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban banyak ditemui di pantai ini.

Ada pula yang menceritakan suatu masa dulu terdapat penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan dari penjara, ia sukar dilakukan kerana pada masa lampau terdapat banyak jerung berkeliaran di kawasan ini. Banduan yang meloloskan diri biasanya akan lemas atau dibaham jerung. Jasad mereka terdampar di sini.

Aktiviti Menarik

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah berenang. Anda boleh mandi manda di pantai ini. Pengawasan daripada perlu bagi kanak-kanak.

Selain itu aktiviti seperti berkhemah juga sesuai dijalankan disini. Banyak sekolah yang jadikan tempat ini sebagai tapak perkhemahan.

Disini juga boleh berkelah iaitu makan-makan bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Makanan perlu dibawa sendiri daripada rumah.

Bagi pelancong asing mereka akan bersantai di pasir pantai ini bagi menikmati cahaya matahari dan suasana tenang di pantai ini.

Kemudahan Yang Ada

Disini ada kemudahan sperti:

  • Meja untuk berkelah
  • surau
  • tandas
  • Pondok tepi pantai

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Pasir Tengkorak

The beach is very clean, and quite because it is a bit far from the town. The entrance is located beside the corner, and easy to miss if the driver didn’t pay attention. ley lim.

Its feel fresh and privacy. Shon Uber.

Cool place with nice view for pictures. Hoda Mahmoud.

Great beach with soft sand and calm waters. Away from most tourists and secluded enough for you to relax and enjoy the area. Millie Ong.

Highly recommended! Beautiful scenery too. Speedy T.

One of the most beautiful beaches in entire Malaysia with crystal clear water with fine sand and safe for swimming!! Its a small beach but quite picturesque!! A must visit spot in Langkawi island!! Dhaval Shah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada adrydaud.blogspot.my dan www.langkawi-info.com diatas maklumat yang telah dikongsikan tentang tempat ini. Maklumat yang sangat berguna dan membantu. Terima kasih juga kerana telah berkongsi gambar yang menarik untup tatapan pembaca.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Pasir Tengkorak Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Pasir Tengkorak Langkawi.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleHutan Lipur Air terjun Temurun Tempat Menarik di Langkawi
Next articleRestoran SeaShells Laman Padi Tempat Makan Menarik di Langkawi
pantai-pasir-tengkorak-tempat-menarik-di-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!