Pantai Klebang Tempat Menarik di Melaka

pantai-klebang-di-melaka

Assalamualaikum. Melaka memang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang boleh dilawati. Selain tempat bersejarah, Melaka juga mempunyai tarikan lain seperti pantai. Pantai Klebang merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang wajib anda kungjungi.

Klebang terletak di daerah Melaka Tengah. Lokasinya ialah di antara bandar Melaka dan Sungai Udang berhampiran pantai puteri. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Klebang kecil dan Klebang Besar. Pantai Klebang terletak di Klebang Besar. Setiap masa pantai ini akan dipenuhi dengan pelancong untuk bersantai.

Pantai ini lebih berfokuskan kepada aktiviti santai dan lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Anda boleh bermain layang-layang atau bersiar-siar di tepi pantai. Pasti anda akan seronok bersama keluarga.

Jadi, rancang percutian anda ke Melaka dan jadikan pantai ini sebagai salah satu destinasi anda. Anda pasti akan berpuas hati bercuti di pantai ini. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PANTAI KLEBANG TEMPAT MENARIK DAN WAJIB DIKUNGJUNGI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Klebang, Melaka.
  • Peta Lokasi :¬†

Dapatkan Info Menarik di Pantai Klebang

Aktiviti Menarik di Pantai Klebang

  1. Main Layang-layang
  2. Menaiki Kuda Padi
  3. Menunggang ATV

Tempat Makan Menarik

  1. Klebang Original Coconut Shake – Coconut Shake disini sangat popular kerana sedap dan menarik. Jika anda berkungjung ke Pantai ini jangan lupa untuk mencuba sendiri keenakkan coconut shake. Harga berpatutan iaitu rm 2.00 untuk yang biasa dan rm 2.50 untuk yang special.

Penginapan yang Ada

  1. Klebang Beach resort Melaka – Sebuah resort yang terkenal di Pantai ini. Harga bermula daripada RM 160 sehingga RM 233.
  2. Bustel Klebang Melaka – Tempat penginapan yang sangat unik kerana dibuat daripada bas terpakai. Anda perlu cuba bermalam disini.
  3. Hotel Pantai Klebang – Terdapat banyak hotel disekitar pantai ini. Anda boleh menempah secara online.

Tarikan Pelancong di Sekitar Pantai Klebang

  1. Muzium Kapal Selam – merupakan muzium daripada sebuah kapal selam yang sebenar dan satu-satunya yang terdapat di Malaysia.
  2. Dataran 1 Malaysia – Ia adalah kawasan tepi pantai yang dibangunkan sebagai tempat pelancongan. Ramai yang datang sini untuk berehat dan berkelah bersama keluarga.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Klebang

Pantai Klebang, Melaka, Malaysia | Mavic Pro Drone Videography

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Klebang

Went here with kids for kite flying and playing on the sand. Brought our fishing rods for fun fishing! Park anywhere for free. better bring a picnic mat and rest anywhere by the shore. Philip Gargaceran.

Nice place to take pic during sunset. Zahier Arbi.

Tempat yang cantik dan bersih. boleh cuba coconut shake yang popular disini. mohd salehin.

Pasir yang putih dan air laut yang membiru. abdul halim.

A great place to hang out and stroll around. Make sure to try the coconut shake. Miss Fadillah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.percutianbajet.com, www.caridestinasi.com, www.trover.com dan www.tallpiscesgirl.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Klebang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Klebang,.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleBukit Tinggi Tempat Menarik di Pahang
Next articleMuzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka
pantai-klebang-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!