Pantai Irama Tempat Menarik di Bachok Kelantan

Pantai Irama Bachok

Assalamualaikum. Pantai Irama terletak di daerah Bachok Kelantan iaitu kira-kira 20 kilometer dari bandar Kota Bharu . Apa yang uniknya tentang pantai ini adalah kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelakkan berlakunya hakisan. Pantai Irama ini telah menjadi tempat menarik dan pusat pelancongan utama di Kelantan.

Pantai irama sering dijadikan sebagai tempat beriadah oleh masyarakat setempat pada hujung minggu dan sering dijadikan sebagai tempat pesta dan acara keramaian. Bagi mereka yang ingin meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, bolehlah jadikan pantai ini sebagai destinasi bersama keluarga. Keindahan yang ada pada pantai ini pastinya tidak akan merugikan anda.

Dipantai ini sesuai untuk mandi dan juga bermain atau mengadakan aktiviti yang bersesuaian. Pantainya yang cantik serta air laut yang membiru amat memikat hati dan sungguh menakjubkan seluas mata yang memandang.

Sesiapa yang mahu lari daripada kesibukan kota boleh datang ke pantai ini. Anda mngkin akan rasa tenang dan dapat hilangkan penat bekerja. Anda boleh bawa seisi keluarga beriadah di sini. Soal makan jangan bimbang kerana banyak kedai makan di sekitar pantai ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! PANTAI IRAMA TERLETAK DI PINGGIR BACHOK SANGAT MENAKJUBKAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Bachok, 16300, Kelantan, Kelantan.
  • Waktu Operasi : 24 Jam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Irama

Kemudahan Disediakan

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai makanan yang menjual pelbagai makanan laut dan minuman, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat mandi dan menyalin pakaian, daratan, surau, dan tempatan letak kereta. Kemudahan-kemudahan ini disediakan khas untuk pelancong yang berkunjung ke sini. Hal ini kerana, pihak yang bertanggungjawab ingin menyediakan tempat pelancongan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan awam.

 

Aktiviti Menarik

Di pantai ini juga terdapat aktiviti menarik yang boleh disertai seperti Banana Boat, ATV, kereta kuda dan basikal. Aktiviti-aktiviti sebegini sangat sesuai untuk dilakukan bersama keluarga dan pastinya hubungan kekeluargaan akan bertambah erat.

Berjalan di Pasar Malam

Di sini juga terdapat pasar malam yang diadakan pada setiap petang jumaat dan malam sabtu. Di pasar ini menjual pelbagai jenis barangan yang menarik dari segi barangan keperluan, cenderamata dan juga makanan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Irama

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Irama

Nice place to relax. Local market (Pasar Malam) on Friday. There is no chalet near to beach but a public wash & shower room is available for visitors. Mohd Faisal Kamaruddin.

One of the most beautiful places in Kelantan. At the very least, much less dirty than the famous Pantai Senok. Lots of food stalls nearby that serves delicious local delicacies- mostly fried seafoods. If you don’t feel like eating that, don’t worry, KFC’s nearby. Raja Khairul.

The beach was amazing. Zulaikha Balqis.

Good place for families. Zulhilmi Ghazi

One of the famous beach at Kelantan. Miss Aina.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada orangkelantan.com kerana berkongsi maklumat berguna dan gambar yang menarik. Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota bolehlah berkunjung ke sini dan pastinya perkara ini akan memberikan pengalaman yang manis dalam hidup anda.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Irama , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Irama.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Etno Botani Tempat Menarik di Gua Musang Kelantan
Next articleAir Terjun Lata Janggut Tempat Menarik di Jeli Kelantan
pantai-irama-tempat-menarik-di-bachok-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!