Pantai Indrayanti Tempat Pelancongan Menarik di Indonesia

141

Pantai Indrayanti YogyakartaAssalamualaikum. Pantai Indrayanti Gunung Kidul merupakan sebuah pantai yang popular di Jogja. Selain daripada keindahan pasir putihnya, pantai Indrayanti juga mirip seperti pantai-pantai di pulau Bali. Nama Indrayanti sendiri diambil dari nama seorang pemilik restoran yang terdapat di kawasan ini. Pantai Indrayani merupakan salah sebuah tempat menarik di Indonesia. 

Pantai Indrayanti mempunyai pemandangan yang berbeza jika dibanding dengan pantai lain yang ada di sekitarnya. Pantai dengan panjang lebih kurang 500 meter ini berpasir putih dan halus. Terdapat juga batu karang yang akan membuat suasana pantai ini nampak lebih eksotik. Anda akan dikenakan denda Rp. 10.000 jika membuang sampah sembarangan di pantai ini. Hal ini dilakukan agar pantai tetap bersih indah dan bebas dari sampah.

Dipantai ini juga terdapat sebuah bukit yang boleh didaki. Anda boleh melihat keindahan laut Pantai Selatan Jawa. Di atas bukit ini sangat sesuai untuk melihat keindahan suasana matahari terbit dan terbenam. Sekiranya tidak mahu mendaki bukit anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat keindahan pantai dari pandangan atas.

Disini juga terdapat restoran dan cafe untuk menikmati hidangan. Kebiasaanya anda akan dihidangkan dengan makanan laut yang sangat enak. Suasana pantai dengan bunyian ombak menambahkan lagi selera anda untuk menikmati hidangan. Sekiranya anda ingin bermalam, disini ada disediakan chalet. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

REHATKAN DIRI DI PANTAI INDRAYANTI YANG SANGAT CANTIK DAN NYAMAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Indrayanti Special Region of Yogyakarta Indonesia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Indrayanti

Aktiviti Menarik Dilakukan

  1. Bermain Pasir Putih yang Bersih
  2. Mencari ikan di celah-celah batu
  3. Mengambil gambar
  4. Duduk santai di bawah pondok
  5. Bermain aktiviti air seperti Jet Ski

Kemudahan

  1. Tempat Parking
  2. Surau
  3. Restoran
  4. Kedai Cenderamata
  5. Penginapan

Harga Tiket

  1. 10 000rp untuk seorang dewasa
  2. Parking Motosikal 4000rp dan kereta 15000rp

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Indrayanti

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Indrayanti

Nice beach, Great panorama, Breezy water, so  Suitable for refreshing place, Clean beach, nice wave, Almost all beautiful. Winner Sonny Salas.

Beautiful beach with windy and warm atmosphere You can stay and enjoy on the shore while watching the waves reach the tide but you can also playing the sand too. Wahyu Waskito.

Exotic beach with white sands. Clean and comfortable.who people come here will feel relax. totok suswadi.

Really nice place to enjoy sea view. Asus ZenF2.

Beautiful beach. Clean. Big wave. Evi Novita.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada mytrip123.com, www.indonesiakaya.com, www.sukatraveling.info, tempatwisatatrendi.blogspot.com dan pamungkaz.net kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Indrayanti, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Indrayanti.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTaman Safari Indonesia Tempat Tumpuan Pelancong
Next articleKepulauan Seribu Tempat Menarik di Indonesia