Pantai Desaru Tempat Menarik di Johor untuk di Lawati

Assalamualaikum. Johor adalah salah satu negeri yang amat menjaga akan kecantikan pantainya. Tidak hairanlah kita semua akan takjub termenung melihat pantai-pantainya yang bersih. Kali ini admin akan hurai tentang Pantai Desaru yang menjadi antara pantai terbaik di negeri Johor. Setiap hari, pantai ini akan dibanjiri oleh pengunjung di pelbagai negeri dan negara. Kebanyakan pelancong luar negara adalah dari Singapura dan Indonesia. Tidak hairanlah ia menjadi tempat menarik di Johor.

Tarikan utama di Pantai Desaru ialah kecantikan dan keunikannya yang dimiliki. Tambahan pula, pantai ini terbentang luas dalam anggaran 25 km. Cukup jauh sejauh mata memandang. Sisi pantai ini mempunyai pohon casuarinas, ditambah lagi dengan pasirnya yang putih. Ia pastinya akan memukau pandangan sesiapa yang pertama kali menjejakkan kakinya di Pantai ini. Dengan keadaan tersebut, tidak hairanlah pantai ini mendapatkan gelaran ‘Land of Casuarinas’.

Pantai ini banyak dikunjung oleh kalangan pelancong luar yang menjadikan Desaru sebagai salah satu tempat kunjungnnya. Tidak hairan jika terdapat resort-resort yang berdiri indah disekitarnya untuk memenuhi keperluan keselesaan dan tempat tinggal para pengunjungnya. Majoriti tempat penginapan di sekitarnya berkelas tinggi dan ada beberapa juga yang berkelas sederhana yang sesuai bagi backpakers kerana memang cukup banyak juga para backpacker yang menjelajah di Pantai Desaru ini. Anda bebas memilih untuk datang ke pantai ini dengan cara backpacker atau bersama keluarga untuk yang menginap di hotel premium.

Untuk ke Pantai Desaru, memang mudah kerana terdapat papan tanda yang akan mengiring anda ke sana. Anda juga boleh bertanya kepada penduduk setempat di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Penduduk di sana sudah terbiasa menerima kunjungan dari pelbagai kelompok dan secara tidak langsung, mereka menjadi cekap untuk menunjuk arah. Tambahan pula, penduduk sana juga terkenal dengan sikap yang peramah dan fasih dalam tutur kata. Justeru, ia akan memudahkan anda semua untuk pergi ke pantai tersebut. Tambahan, Pantai Desaru cukup terkenal sehinggakan anda boleh cari ia di GPS dan aplikasi penunjuk arah yang lain. Admin akan berkongsi Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWSOME! PANTAI DESARU YANG SUPER CANTIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Desaru, 82200 Kota Tinggi, Johor.
  • Facebook : Pantai Desaru
  • Peta Lokasi :

Dapatkan Info Menarik di Pantai Desaru

Aktiviti Sesuai

Terdapat banyak aktiviti yang anda dapat lakukan di Pantai Dearu seperti menunggang kuda berkeliling pantai, jungle trecking, surfing, memancing atau berenang di tepian pantai. Andai kata anda ingin menikmati akan keindahan bawah laut, anda boleh mencuba snorkeling. Jika Anda ingin melakukan surfing disini, lihat pada kosnya. Untuk sejam, kosnya lebih kurang RM20 sahaja. Harga yang sangat masuk akal, bukan?

Harga dan Kos Terlibat

  • Tandas

Dewasa- RM1.00

Kanak-kanak- RM0.50

  • Parking

Kereta- RM6

Motosikal- Rm2

Penginapan yang Ada

Antara Penginapan yang berdekatan Pantai Desaru:

  • Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa
  • Tunamaya – Desaru Coast
  • Desaru Holiday Chalet
  • Kota Heritage
  • Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pantai Desaru

Pantai Desaru

Pantai Desaru

Pantai Desaru

Pantai Desaru

Pantai Desaru

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Desaru

Pantai Desaru, Johor, Malaysia amat terkenal kerana alunan ombaknya tidak kencang. Jauh dari kebingitan kota. Amat sesuai untuk bercanda di pasiran pantai. Di daerah ini banyak hotel-hotel berkualitas. Padang Setiwan, Pelancong Indonesia

Pasir di pantai dan Resort yang bersih. Pantai yang landai. Air tidak jernih tetapi jauh lebih baik daripada apa yang anda akan dapatkan di Singapura. Saya beri 4 daripada 5 bintang. Lee Caroline, Pelancong Singapura

Pantai Desaru dikelilingi banyak resort. Kami hanya perlu membayar RM 6 untuk parkir dan menggunakan bilik mandi. Tempat ini bersih dan terawat dengan baik. Dan tentu saja tentang pasir yang putih keemasan di pantai ini amat memukau. Syazmir

Panjang hamparan pantai pasir putih yang sesuai untuk berjemur di bawah sinar matahari dengan sun protection lotion. Musim sekolah adalah hari yang terbaik dan tidak terlalu ramai. Choong Ho

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada panduanwisata.id kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik. Admin sarankan anda datang ke sini bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di buat. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Desaru, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Desaru.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleA’Famosa Water World Salah Satu Tempat Menarik Di Melaka
Next articleKeindahan Tempat Percutian Keluarga Di Pulau Tinggi
pantai-desaru-tempat-menarik-di-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!