Pantai Cherating Tempat Menarik Di Kuantan Pahang

Pantai Cherating Tempat Menarik di kuantan Pahang

Assalamualaikum. Pahang adalah negeri yang amat menarik kerana mempunyai tempat semula jadi yang banyak dan belum diterokai. Pahang juga menjadi pilihan kebanyakan keluarga di Malaysia untuk bercuti supaya dapat lari dari kesibukan bandar. Pantai adalah tempat yang tidak dapat disangkal keindahannya. Admin juga minat untuk bercuti di pantai dan ia adalah pilihan pertama admin untuk bercuti bersama keluarga. Pantai juga destinasi yang amat menarik dari segi kos dan suasana. Kali ini admin akan mengupas tentang Cherating, salah satu tempat menarik di Pahang.

Cherating adalah pantai resort yang terkenal di Pahang. Pantai ini terletak 30 km dari utara Kuantan iaitu ibu negeri Pahang yang berada di Timur Malaysia. Ramai backpakers yang memilih destinasi ini untuk melancong dan bercuti. Ia juga adalah tempat di mana backpakers mendapat banyak income. Terdapat perkampungan kecil berdekatan Cherating. Perkampungan tersebut berada di Kuantan dan Kuala terengganu. Ia mempunyai rumah tetamu dan hotel kecil.

Perkara yang menjadi tarikan di Cherating adalah ombaknya yang sesuai untuk meluncur. Ramai peluncur dalam dan luar negara yang tahu bahawa tiada tempat yang lebih menarik untuk meluncur di Malaysia berbanding Cherating. Dan kerana itulah ia menjadi pilihan berbanding Langkawi dan Redang. Cherating memang agak terkenal dengan ombak yang menarik. Walaupunbegitu, ombak tersebut bukanlah sentiasa ada tetapi hanya ada pada bulan October sehingga Februari. Ada juga yang mengatakan musim meluncur sehingga bulan April.

Pergi ke Cherating dengan bas agak mudah dan berpatutan. Kuala Lumpur telah naik taraf sistem bas dan ia menjadikan perjalanan menjadi lebih mudah. Tambahan pula, kini banyak destinasi yang dapat anda pergi. Walaupunbegitu, tiada bas yang menghala ke Cherating kerana ia adalah perkampungan pantai kecil. Pada permulaan, anda perlu mengambil bas yang menghala ke Kemaman tetapi anda perlu turun di Cherating sebelum sampai di Kemaman. Sila pastikan anda memberitahu kepada driver bas beberapa kali kerana takut dia akan terlupa. Apabila anda turun, anda perlu berjalan sedikit ke destinasi yang dituju. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWSOME! CHERATING ADALAH TEMPAT YANG SERONOK UNTUK BERCUTI. 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Cherating

Meluncur

Perkara utama ketika berada di Cherating adalah meluncur. Ombak yang sesuai untuk meluncur adalah pada bulan November hingga bulan Februari. Terdapat juga tenaga pengajar yang boleh ajar anda semasa di sini.

Pusat Penjagaan Penyu

Lihat pada nama sudah lihat akan kecomelan aktiviti ini. Pengunjung dibenarkan untuk melawat pusat penjagaan penyu dan jika anda bernasib baik, anda dibenarkan untuk melepaskan penyu bersama-sama.

Penginapan yang Ada

Terdapat banyak penginapan yang boleh anda tinggal ketika berada di Cherating seperti rumah kampung, resort dan hotel. Antara resort yang terkenal adalah:

  1. Legend Resort
  2. Residence Inn Cherating

Jom Saksikan Keindahan Panorama Cheratingcherating

cherating

cherating

cherating

cherating

Jom Lihat Review Pengunjung di Cherating

Cherating adalah tempat yang bagus untuk meluncur. Tidak sia-sia saya berlatih di Cherating sejak saya bermula dengan kosong, hingga saya menjadi pelatih luncur ombak. Semua ini bermula dengan pantai ini. Aiman, Peluncur.

Tidak sia-sia saya laburkan bakat saya di Cherating. Tenaga pengajar Surfing yang peramah dan pengajarannya yang berkualiti. Liza Rosman

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada erasmusu.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Cherating merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Cherating, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Cherating.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRabbit Fun Land Tempat Menarik di Mantin Negeri Sembilan
Next articleGua Tempurung Tempat Menarik di Perak
pantai-cherating-tempat-menarik-di-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!