Pantai Cenang Tarikan Pelancong Ke Langkawi

Pantai Cenang di LangkawiAssalamualaikum. Kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti pantai boleh datang ke Pantai Cenang Langkawi yang juga merupakan tempat menarik di Langkawi. Pantai Cenang merupakan lokasi utama di Langkawi. Pantai ini tidak sehebat Pantai Maldive tetapi ia adalah pantai paling maju di Malaysia, memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang cantik, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman.

Pantai Cenang juga adalah kawasan yang paling popular di mana terdapat banyak kedai-kedai makan tempatan dan antarabangsa, kompleks membeli-belah bebas cukai dan resort mewah yang terletak di sepanjang pantai yang cantik. Disini ramai pengunjung yang berehat dan bersantai di tepi pantai dan menikmati rawatan spa dan urut dan mencuba sukan air yang menarik seperti jet ski dan parasailing.

Bagi yang berkeluarga, Pantai Cenang juga menempatkan dua tarikan yang terkenal iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Selain itu, Pantai Cenang menyediakan tempat untuk dilawati sekitar pantai yang mesra pelancong seperti Castaway Picnic.

Datanglah ke Pantai cenang ini bagi menikmati suasana aman damai dengan tiupan angin pantai yang pasti membuatkan anda berasa tenang. Keindahan panorama pantai ini juga boleh dijadikan sebagai terapi diri dalam merehatkan fizikan dan mental. Percutian anda akan menjadi lebih bermakna dengan mengunjungi ke Pantai Cenang ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua pembaca.

COOL! PANTAI CENANG SANGAT AMAN DAN DAMAI UNTUK REHATKAN BADAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Cenang, 07000, Kedah, Malaysia. 
  • Waktu Operasi : Sentiasa dibuka
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Pantai Cenang Langkawi

Aktiviti Pantai

  1. Antara aktiviti pantai yang boleh dilakukan ialah:
  • mandi manda
  • Parasiling
  • Jetski

2. Antara aktiviti santai yang boleh dilakukan ialah:

  • Membeli belah – Membeli belah di deretan kedai atau di mall seperti di Cenang Mall.
  • Makan – banyak restoran yang terdapat disini yang menyediakan makanan tempatan dan antarabangsa
  • Melawati tempat terdekat iaitu Underwater World dan Muzium Laman Padi.
  • Massage and Spa

Penginapan yang Ada

Terdapat banyak penginapan sekitar Pantai Cenang yang boleh dijadikan tempat penginapan pilihan.Boleh tempah dilaman web seperti agoda, trivago dan lain-lain.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pantai Cenang Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Cenang Langkawi

We arrived 2 nights ago. Real nice not very crowded which is perfect in the evening a fire show at the beach. Paul v.

Lovely beach lots to see and do. Samsgrrl00.

Beautiful beach. arlin97.

Nice beach with nice view. l_xinying.

Beautiful clean beach, less crowd during my visit, various of sea sports available, but toilets are hard to found, better to carry soft drinks because of high price near the beach area. Sami R.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada blog.pakej.my dan percutianbudget.com kerana telah banyak berkongsi maklumat mengenai pantai cenang ini. Maklumat sangat berguna dalam membuat post ini. Terima kasih juga kepada trovar.com dan mygola.com kerana berkongsi gambar pantai cenang ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Cenang Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Cenang Langkawi.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleAir Terjun Durian Perangin Tempat Menarik di Langkawi
Next articleTerokai Sejarah Pulau Langkawi di Taman Lagenda
pantai-cenang-tarikan-pelancong-ke-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!