

Di sini tidak boleh mandi kerana paras air yang terlalu tinggi. Anda hanya boleh lepak sambil makan sahaja. Di sepanjang pantai ini terdapat deretan warung makan dan juga gerai. hidangan makan disini lebih kepada santai-santai seperti goreng-goreng, seafood celup tepung dan makanan panas.
Jika anda membawa anak-anak ke pantai ini, mereka boleh bermain layang-layang. Angin yang kuat di pantai ini sangat sesuai untuk bermain layang-layang. Disini juga ada menjual layang-layang. Pada hujung minggu, pantai ini akan dipenuhi oleh pengunjung samada dalam atau luar negeri.
Anda boleh rancang percutian anda apabila sampai ke Kelantan untuk mengunjungi Pantai Cahaya Bulan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! PANTAI CAHAYA BULAN TEMPAT SANTAI BERSAMA KELUARGA DI KELANTAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pantai Cahaya Bulan
Aneka Makan Santai Di Pantai Cahaya Bulan
Disepanjang pantai ini terdapat kedai makan yang menjual makanan santai seperti keropok, pelbagai bebola dan seafood celup tepung. Anda boleh memilih dan makanan itu akan dipanaskan semula. Selain itu, terdapat juga masakan panas yang pasti sangat sedap.
Penginapan yang Ada
Disini terdapat beberapa hotel dan resort yang boleh anda menginap bersama keluarga. Antara penginapan yang ada ialah Nurul Eki Heritage Hotel, Home Beach Village Resort, Perdana Resort dan PCB Resort.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Cahaya Bulan
Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Cahaya Bulan
Its my first visit. Love the area. The area is clean. Love the mee udang, very tasty wth 4 big size prawns. kawanbaik9597.
The nearest beach from city central, seafood for a short break from shopping hustle (of course with fresh young coconut or even topped with vanilla ice-cream), a bit tough to get parking and just nice for breath-taking view. oops! swimming and topless are highly not recommended! HanaRawi2014.
This place have nice view. MohdRizal84.
Great place to enjoy God’s creation (nature) in the evening around 7PM A suitable place to play the wau (kite). sp3ak_christ.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.cutikelantan.com dan www.monsooncup.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Cahaya Bulan , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Cahaya Bulan.