

Pantai Batu Buruk merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.
Aktiviti santai bersama keluarga sangat sesuai dilakukan di pantai ini. Anda dapat merehatkan minda dan fizikal dengan menikmati keindahan pantai dan udara yang sangat segar. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan di pantai ini yang akan admin kupaskan nanti. Anda pasti akan berpuas hati dan berasa seronok menjalankan aktiviti-aktiviti di pantai ini selain daripada dapat bersantai.
Datanglah ke pantai ini jika berkungjung ke Kuala Terengganu. Pelbagai kemudahan-kemudahan seperti tempat makan dan tempat penginapan ada disekitar pantai ini. Anda boleh datang pada waktu siang dan juga pada waktu malam. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! PANTAI BATU BURUK PANTAI CANTIK DAN MENARIK DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 20400 Terengganu.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pantai Batu Buruk
Aktiviti Menarik
- Menaiki kereta kuda yang dihiasi. Anda akan dibawa berjalan menaiki kereta kuda di sekitar pantai ini. Bayaran RM 5.00 untuk satu kepala.
- Anda juga boleh bermain permainan bermotor iaitu ATV.
- Bermain layang-layang. Jika tiada layang-layang, disekitar pantai ini ada jual pelbagai jenis layang-layang.
- Terdapat taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak di pantai ini.
Kemudahan Yang Ada
- Disini terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan ringan seperti keropok lekor, goreng pisang dan air.
- Terdapat juga deretan kedai yang menjual masakan panas dan ikan celup tepung.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Batu Buruk
Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Batu Buruk
Love this place. Experience to see horses get bath on the beach. Massitah Saari.
My big bro Enjoy ridding horse at my hometown. Tengku Irfan.
I love this place so much ! Terengganu is my childhood place. Royce Win.
Pantai cantik yang wajib anda kunjungi bila pergi kuala terengganu. Achmad Asharry.
Cantik dn bersih. Haslinda Lynda.Â
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com dan ffterengganu.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu dan berguna kepada admin.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Batu Buruk, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Batu Buruk.