Pantai Bagan Nakhoda Omar Tempat Menarik Di Selangor

Pantai Bagan Nakhoda Omar

Assalamualaikum. Bagan Nakhoda Omar, sebuah pekan kecil di Sabak Bernam terletak di barat laut negeri Selangor. Di sini terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar. Ianya merupakan tempat menarik di Sabak Bernam, Selangor. 

Pantai ini telah dijadikan kawasan rekreasi yang dikenali dengan nama Pusat Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (BNO). Pantai ini sangat sesuai untuk bersantai bersama-sama keluarga. Rasai tiupan angin yang pasti menyegarkan dan damai.

Keunikan tempat ini ialah ianya mengadap arah matahari terbenam dan menjadi laluan keluar masuk bot-bot nelayan sewaktu air pasang. Ini memberikan impak yang menarik terutama di waktu senja. Dikawasan hutan bakau berhampiran juga memberikan pemandangan yang menarik bilamana menjadi tempat tumpuan burung bangau laut berkumpul.

Sekiranya anda datang ke Sabak Bernam jangan lupa untuk singgah ke pantai ini. Banyak kemudahan yang disediakan bagi keselesaan pelancong. Gerai makanan juga banyak terdapat disini, jadi anda tidak ada masalah untuk mendapatkan makanan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! PEMANDANGAN PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR SANGAT MEMUKAU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Satu Pantai Bno, 45200 Sabak, Selangor.  
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Nakhoda Omar Sabak Bernam

Keindahan Pantai

Kedudukan pantai BNO berhampiran kuala sungai dan perkampungan nelayan menjadikannya lebih istimewa daripada tempat rekreasi lain. Hasil laut dijual dengan harga murah. Tidak hairanlah jika sepinggan mi udang yang dipesan mengandungi banyak udang di dalamnya. Sambil menikmati sedap dan enaknya makanan, sesekali terdengar deruan enjin bot nelayan yang mudik dari kuala menuju ke lautan luas mencari rezeki.

Kemudahan Disediakan

Memandangkan kawasan ini semakin menjadi tumpuan pengunjung, banyaklah kemudahan telah disediakan oleh kerajaan seperti wakaf, ruang berniaga, tandas awam dan ruang meletak kenderaan. Pada waktu petang biasanya ramai keluarga membawa anak-anak berkumpul disini sambil bermain layang-layang. Selain itu, terdapat juga sebuag resort ditengah laut yang menawarkan percutian menarik terutama kepada para peminat sukan memancing. Kelong Resort menawarkannya dengan harga pakej yang menarik.

Makanan Menarik

Nama tempat pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam singkatan BNO, kat situ popular dengan mee udang special. Kalau nak makan tomyam kelapa pun sedap di sini. Jadi anda perlu datang sendiri ke sini bagi merasai kesedapan mee udang.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Bagan Nakhoda Omar

A good makan place especially the mee udang. Arjun Ali

Its good gais have a nice view n delicious food there. amelia natasya.

Nice place to visit. farid hamidi ibrahim.

Breath of fresh air in coastal areas. really smell the beach. Tumi Rasi.

Tempat yang sesuai dikunjungi seisi keluarga. Terdapat kemudahan disediakan seperti lot parking, tandas, surau, gerai makanan, playground dan lain-lain lagi. Bukan tempat untuk bermandi-manda tetapi untuk beriadah sambil menikmati permandangan hutan bakau serta matahari terbenam. Makanan mee udang amat popular dan terbaik di sini dan anda mesti mencubanya. Syahril Mohd Nor.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada mancb.blogspot.my dan lamanartikel.dbp.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Anda perlu datang sendiri ke sini bagi merasai makanan popular iaitu mee udang sambil menikmati keindahan pantai yang sangat indah dan cantik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Bagan Nakhoda Omar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Bagan Nakhoda Omar.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGM Klang Syurga Membeli Belah di Selangor
Next articlePantai Bagan Lalang Tempat Menarik di Sepang, Selangor
pantai-bagan-nakhoda-omar-tempat-menarik-di-selangorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!