Pantai Bagan Lalang Tempat Menarik di Sepang, Selangor

Pantai Bagan Lalang

Assalamualaikum. Bagi anda yang berada di sebelah barat Semenanjung Malaysia yang inginkan percutian di destinasi pantai peranginan, bolehlah datang ke Pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah Sepang, Selangor. Ianya merupakan salah satu tempat menarik di Sepang Selangor.

Pantai yang landai dengan panorama pemandangan yang cantik terutama waktu matahari tebenam. Walaupun pantai ini tidak berapa sesuai untuk mandi manda kerana pantainya berlumpur tetapi anda boleh bersantai bersama keluarga sambil melihat keindahan pantai.

Kebiasannya apabila air surut anda boleh berjalan kaki sampai 400 meter ke tengah. Anda boleh berjalan sambil berpeluang melihat keadaan dasar laut ketika air surut. Anda juga berpeluang melihat anak-anak ketam berjalan-jalan di atas pasir. Pasti satu pengalaman yang menarik.

Anda boleh membawa khemah atau kanopi kecil untuk digunakan. Hal ini kerana bimbang waktu panas dan anda tidak dapat bersantai di tepi pantai. Pantai ini sangat sesuai untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PANTAI BAGAN LALANG TEMPAT BERSANTAI POPULAR DI SEPANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor.
  • Facebook: Pantai Bagan Lalang Sepang
  • No. Telefon: 03-8319 0200
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Bagan Lalang Sepang

Melihat Keindahan Matahari Terbenam

Untuk melihat keindahan pantai ketika matahari terbenam, pantai ini sangat sesuai dan merupakan pilihan yang tepat. Anda pasti akan terpegun dengan suasana pantai yang sangat cantik dan indah ketika matahari terbenam. Abadikan kenangan anda bersama orang tersayang di sini.

Aktiviti Menarik

  • Berkelah
  • Main layang-layang
  • Berkhemah
  • BBQ
  • Permainan Pantai

Penginapan Berhampiran

  • Bagan Lalang Beach Resort
  • AVANI Sepang Goldcoast Resort
  • Hotel Seri Malaysia

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Bagan Lalang Sepang

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Bagan Lalang Sepang

Very nice beach. Especially at 6.30 to 7.00pm when the tide is going up with the spectacular sun sets view. yh loon.

Very good place. shaiful abdul aziz.

The place interesting. Rasaluh Atan.

Nearest sandy beach from KLIA, photos are taken during the Big Tide when the highest high tide was recorded at 5.2m. Luckily there was strong wind or else there would be flood. arnaz saliza.

Sunset by the beach! Nics Ooi.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com dan xplorasidestinasi.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu admin. Ternyata pantai ini sangat menarik dan sangat sesuai dijadikan tempat bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Bagan Lalang Sepang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Bagan Lalang Sepang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePantai Bagan Nakhoda Omar Tempat Menarik Di Selangor
Next articleThe Lakehouse Tempat Menarik Di Cameron Highland
pantai-bagan-lalang-tempat-menarik-di-sepang-selangorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!