Pantai Air Tawar Satu Destinasi Tempat Menarik yang Santai di Besut

pantai-air-tawar-besut

Assalamualaikum. Siapa sangka walaupun Besut kedengarannya satu tempat yang tidak begitu ternama namun mempunyai begitu banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Jika sebelum ini nama Besut hanya naik kerana Pulau Perhentian, tetapi sekarang sebut sahaja Besut maka pasti pelbagai tempat menarik yang ada akan terfikir oleh kita. Salah satu tempat menarik di Terengganu ialah Pantai Air Tawar.

Pantai Air Tawar ini sebenarnya adalah hanya bersebelahan sahaja dengan Pantai Bukit Kluang. Ianya juga terletak bertentangan dengan Pulau Rhu yang menjadi tempat kegilaan ramai anak-anak muda untuk snorkeling dan menaiki banana bot. Melalui jalan di tepi Pantai Air Tawar ini pula ialah Jeti Pusat Perikananan LKIM Besut yang menjadi tempat wajib singgah kepada orang dewasa membeli ikan-ikan segar dan murah disini.

Pendek kata jika datang ke Besut ini memang tersangat rugi jika tidak pergi ke tempat-tempat ini kerana ianya sangat dekat dan semuanya boleh dikatakan sangat berbaloi untuk pergi. Untuk pengetahuan semua, lokasi Pantai Air Tawar ini juga telah dimasukkan kedalam senarai tempat menarik dan di kongsikan di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Pantai Air Tawar Lokasi Riadah Menenangkan Minda Bersama Keluarga

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Raja, 22200 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia 
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Air Tawar

Trek Jogging yang Redup dan Berangin dengan Pemandangan Pantai

Satu perkara yang sangat istimewa di sini ialah kita dapat membawa keluarga kita berkelah dan berjogging di kawasan yang disediakan. Disini mempunyai 1 trek larian yang agak besar dibawah pokok rhu yang sangat besar.

pantai air tawar

Sangat menenangkan bukan? Inilah dia kawasan trek tersebut. Dengan adannya beberapa buah gazebo yang sesuai untuk keluarga berehat dan makan memang sangat hebat. Yang paling penting, kawasan ini adalah sangat dekat dengan pantai. Di dalam gambar ini lihat sebelah kiri itulah kawasan pantai yang dimaksudkan.

Deretan Kedai Makan dan Minuman

Ya, kawasan Pantai Air Tawar ini sebenarnya menjadi tempat lepak atau tempat riadah untuk pelbagai golongan. Tidak kira tua atau muda pastinya ramai kelihatan di sini terutama pada waktu petang atau waktu cuti sekolah.

Terdapat banyak tempat jualan atau kedai makan dan minuman yang menjual pelbagai pilihan minuman dan masakan. Jadi, tak payah pening kepala nak bawa makanan dari rumah lagi selepas ini jika berkunjung kesini.

Taman Permainan untuk Kanak-kanak

Di kawasan Pantai Air Tawar ini sebenarnya ada kawasan taman permainan untuk kanak-kanak yang agak luas. Kawasannya juga cantik dan bersih. Jika berkungjung kesini pastikan anda menjaga kebersihan dan keselamatan anak-anak anda ya.

Tapak Parking yang Luas

Sudah semestinya di Pantai Air Tawar ini mungkin anda tidak perlu takut memikirkan tapak untuk parking kereta. Ini kerana kawasan ini sangat luas dan rasanya semua tapak parking adalah percuma. Jadi jangan risau dan kunjungilah kawasan Pantai Air Tawar ini.

parking kereta di pantai air tawar

Pelbagai Ekspo Permainan dan Jualan Berlangsung

Akhir sekali, jika anda sangat bertuah maka kedatangan anda kesini akan disambut dengan ekspo pelbagai jualan ataupun ekspo permainan. Ianya menarik minat pelancong tempatan yang ingin membawa keluarga istirehat pada hujung minggu.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pantai Air Tawar

tempat menarik pantai air tawar tempat menarik pantai air tawar tempat menarik pantai air tawar tempat menarik pantai air tawar tempat menarik pantai air tawar

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Air Tawar

Pantai Air Tawar, which is northernmost among the Air Tawar – Demong – Bukit Keluang chain of beaches, is home to Besut’s finest hotel and the official residences of its top government officials. Therefore it is most developed compared to other beaches in terms of facilities and amenities such as children’s playground, R&R, and paved parking area. Shaded by matured cone pine (rhu) trees, Air Tawar is a popular recreational for locals and casual tourists. Its long sandy and windy beach is suitable for picnic, kite flying and beach combing. If you have time, is nice place to drop by and enjoy the evening breeze. Otherwise a drive through its residential area and rhu forest, or a tea or lunch break at a nearby restaurant will be refreshing before continuing your journey. Palie Massa.

Penutup & Special Thanks

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Air Tawar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Air Tawar.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleKeindahan Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih dibina Tanpa Sebarang Paku
Next articleAir Panas La Hot Spring Kawasan Mandi Air Panas yang Hebat di Besut
pantai-air-tawar-satu-destinasi-tempat-menarik-yang-santai-di-besutSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!