Nusantara Gamat Tempat Membeli Produk Gamat di Langkawi

4919

Nusantara-Gamat-di-langkawi

Assalamualaikum.Apabila sampai di Langkawi pasti produk gamat akan dicari. Di Langkawi banyak tempat yang menjual produk gamat tetapi yang paling popular adalah di Nusantara Gamat. Nusantara Gamat merupakan tempat menarik di Langkawi  yang wajib anda kungjungi untuk membeli produk gamat.

Disini ada dijual pelbagai produk gamat seperti Kapsul, minyak, ubat sapu, sabun, bam, pil, krim sabun dan pelbagai lagi. Uniknya disini dibandingkan dengan kedai gamat yang lain ialah anda dapat melihat sendiri proses membuat gamat di depan mata. Anda juga boleh mencuba untuk mencelup sendiri tangan ke dalam gamat yang sedang dimasak. Pasti anda akan terkejut kerana tangan anda tidak melecur walaupun gamat sedang dimasak.

Anda pasti akan terpegun dan teruja melihat pelbagai produk yang dihasilkan daripada gamat. Daripada segi harga jangan bimbang kerana harga pasti sangat berpatutan. Nusantara Gamat juga ada menyediakan perkhidmatan online. Jadi sekiranya stok simpanan dah habis bolehlah membeli secara online sahaja.

Jadi bagi sesiapa yang mahu mencari produk berasaskan gamat boleh datang sendiri ke Nusantara Gamat apabila bercuti di Pulau Langkawi. Pelbagai produk boleh didapati disini tanpa perlu mencari di tempat yang lain. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca sebagai panduan. Semoga bermanfaat.

SYURGA GAMAT DI NUSANTARA GAMAT LANGKAWI!

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Nusantara-Gamat-di-langkawi

Dapatkan Info Menarik di Nusantara Gamat

Aktiviti Sesuai

Disini anda dapat membeli pelbagai jenis produk gamat. Anda juga dapat melihat sendiri bagaimana produk gamat dihasilkan.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan asas disediakan di Gamat Nusantara. Ini memudahkan pelanggan yang datang untuk membeli produk gamat.

  • Cafe
  • Tandas
  • Surau

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Nusantara Gamat

Jom Lihat Review Pengunjung di Nusantara Gamat

Traditional and modern medicine base on gamat (sea cucumber), trees, herb, leach, and many more. These medicine may help to recover from wound, some may boost you energy but don’t have a good taste. Always buy in bundle because it more cheaper that buy a single one. Muhammad Muzaim.

The had everything about gamat which is the sea cucumber. The variety of soap is impressive. Lay Fang.

Cheap place to purchase products made from sea cucumber (or in the local language “gamat”). Famous for its ointment products. Don’t forget to visit the “cooking” area, where the “gamat” is cooked to extract its oil! Xiang Li Lim.

Best place to get many herbal ointment, herbal soap & much more made from various types of herbal and gamat. KingTZ JFKay.

Many choices of gamat products. They also have two rgamat boilers. Also give lots of discount. Got bout 50% off. IzHaM Merican.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada azaleania.blogspot.my kerana telah berkongsi maklumat dan gambar mengenai Nusantara Gamat yang sangat membantu admin dalam membuat ulasan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nusantara Gamat, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nusantara Gamat.

Facebook Comments