Nikmati Makanan Sarawak di Kopi O Corner

kopi-o-cornerAssalamualaikum. Restoran Kopi O Corner merupakan tempat makan menarik di Sarawak yang menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke negeri ini. Restoran ini telah beroperasi sejak taun 1992 iaitu selama 25 tahun berdiri teguh. Restoran ini lebih banyak memaksimumkan kepuasan pelanggan dalam menikmati hidangan yang disediakan. Justeru, menekankan aspek seperti kualiti makanan yang disediakan supaya setiap perbelanjaan pelanggan berbaloi.

Restoran Kopi O’ Corner sudah menjadi tempat kebiasaan, tumpuan dan persinggahan pelanggan yang ramai termasuk pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjamu selera. Restoran ini akan dibanjiri pelanggan pada setiap masa iaitu daripada waktu pagi, tengahari, petang, dan sampailah malam. Ini menunjukkan makanan yang disediakan memenuhi citarasa pelanggan.

Restoran ini berkonsepkan “berhati-hati dan berjaga-jaga” kerana mementingkan kebersihan premis dan premis ini telah mendapat gred “A” untuk tahap kebersihan. Di dalam restoran ini juga terdapat beberapa stall antaranya ialah untuk stall Bakso, stall Mee Jawa, Stall Mee Kolok, Stall Canai dan Stall Laksa. Menu Bakso yang diperbuat daripada beras tempatan, santan, serta dibalut dengan daun pisang. Jadi, semua makanan terdapat disini dan tidak perlu pergi restoran yang untuk mencari makanan yang pelbagai.

Masalah untuk makan di Sarawak dapat diselesaikan dengan berkunjung ke restoran ini. Pelbagai jenis menu yang berbeza-beza terdapat disini yang pasti sedap dan enak memenuhi citarasa semua. Datanglah bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati makanan di sini. Admin juga telah masukkan tempat makan menarik  ini ke dalam Peta Tempat Menarik ini untuk dikongsikan.

PELBAGAI MENU MENARIK DI KOPI O CORNER, KUCHING, SARAWAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 17-803 2842
  • Waktu Operasi :  7:OO a.m hingga 12:00 a.m
  • Facebook : Restoran Kopi O’ Corner
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kopi O Corner

Menu

  1. Nasi Lemak Korner
  2. Nasi Goreng Korner
  3. Makanan Segera Korner
  4. Bakso Merapi Korner
  5. Masakan Panas
  6. Nasi Ayam penyek
  7. Laksa Sarawak
  8. Rojak Tambi ( rojak India ),
  9. Mee Rojak,
  10. Bubur Ayam
  11. Sate

Harga dan Kos Terlibat

Mengikut harga menu

Jom Lihat Menu di Kopi O Corner

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Kopi O Corner

 

Cool cafe. Hipster much. Nice interior design. A spot for tourists and locals to have breakfast. azhan zaffuan.

Have to try their korean fried chicken. One of the best in Kuching. Make sure you opt for the spicy ones for an added kick! Afdal H.

Really nice place. Serving many favourite local dishes in one place. Parking will be a bit of a problem, take uber or grab. Mohd Zulfiqar.

Nasi goreng Ikan Terubuk Masin. The only place I can find this during day time. I would have the same menu at the Kuching Waterfront eateries if I’m looking for it during night time. Staff not so great but the place is okay. Lyn Jessecca.

I love the foods here. It’s good and the service is also good. It’s also clean and they have many good foods options. Highly recommended. Liyana Fatini.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan di Restoran ini. Anda pasti akan puas hati dengan makanan yang disediakan. Terima kasih diucapkan kepada puteratunggalamin94.blogspot kerana telah memberi maklumat mengenai restoran ini. Maklumat ini pasti akan membantu pengunjung yang mahu mencari makanan di Sarawak.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kopi O Corner , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kopi O Corner.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleIsland BBQ Steamboat Tempat Makan Menarik Di Shah Alam
Next articleFifty4Ferns Resort Satu Lagi Tarikan Tempat Menarik di Bentong Pahang
nikmati-makanan-sarawak-dSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!