"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Nikmati Keindahan Alam di Kilim Geoforest Park Langkawi

3070

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Kilim Geoforest Park Langkawi

Assalamualaikum. Kilim Geoforest Park merupakan tempat di mana anda akan dibawa melihat keindahan alam dengan menaiki bot. Geopark merujuk kepada lokasi-lokasi yang diiktiraf oleh UNIESCO yang mempunyai keunikan geologi tertentu termasuk gunung, batu-batan, sungai, paya bakau, gua, tasik, haiwan liar dan sebagainya. Admin masukkan Kilim Geoforest Park ini ke dalam tempat menarik di Langkawi. 

Projek untuk melawat Geoforest Park ini di usahakan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Untuk menjelajah paya bakau dan juga melihat keindahan pulau-pulau ini terdapat beberapa pekej mangrove tour yang ditawarkan. Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda bakal melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun.

Anda juga bakal melihat helang, meneroka masuk ke dalam gua-gua, melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar (dan melihat ikan sumpit) hinggalah melawat ke kawasan laut Andaman yang hampir dengan sempadan Thailand. Pengembaraan yang pasti mengujakan dan menarik yang pasti menjadi pengalaman yang indah.

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk berkungjung ke tempat ini bagi melihat sendiri keunikan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. Aktiviti ini pasti memberikan anda dan keluarga berpuas hati. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini sebagai panduan kepada pembaca.

AWESOME! KEINDAHAN ALAM YANG MENAKJUBKAN DI KILIM GEOFOREST PARK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Air Hangat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 2323 
  • Peta Lokasi : 

Macam mana, menarik bukan?

Dapatkan Info Menarik di Kilim Geoforest Park

Aktiviti Menarik

Anda akan dibawa melawat tempat-tempat menarik yang pasti memukau dan unik. Antara tempat menarik ialah :

  1. Gua Kelawar

Gua Kelawar terletak di Sungai Kilim dan berhampiran dengan Jeti Kilim. Gua ini menempatkan lebih daripada 1000 ekor kelawar yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti Kelawar Serangga dan Kelawar Bunga. Harga masuk ke dalam gua ini ialah RM 1.00.

2. Eagle Feeding

Anda akan dibawa ke kawasan di mana burung helang berterbangan di situ. Memang banyak burung helang yang ada, kebanyakkannya adalah jenis helang perang. Terdapat juga helang laut yang berwarna kelabu.

3. Gua Buaya

Nama gua buaya tetapi tiada buaya disini. Anda boleh memberi ikan makan. Anda dapat melihat ikan-ikan melompat untuk mendapatkan makanan.

4. Rumah Terapung

Terdapat banyak sangkar dekat sini. Dalam sangkar bukan setakat ikan saja tetapi ada bermacam-macam hidupan laut yang di pelihara seperti ketam, udang dan siput. Disini juga bukan sekadar melihat ikan yang di bela sahaja tetapi juga disediakan tempat makan, sebab itu dibuat seperti rumah. Jadi boleh pilih makanan yang eksotik kat sini dan mereka akan masak.

Terdapat banyak lagi tempat menarik seperti hutan bakau, gua langsir dan pulau andaman.

Harga dan Kos Terlibat

Pakej bermula dari RM300 untuk sebuah bot dengan 8 tempat duduk. Durasi lawatan adalah 1 jam.

Mereka yang ingin benar-benar meneroka boleh mengambil pakej 4 jam yang bermula dari RM500 untuk 1 bot. Bergantung kepada pakej, anda mungkin singgah untuk makan tengahari dan diberi masa untuk aktiviti snorkeling.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kilim Geoforest Park

Info Apa Yang Anda Perlukan?

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Kilim Geoforest Park

The boatman cum tour guide provides informative explanation and interesting information throughout the tour.Warm welcome at the fish farm and given a guided tour by the owner with detailed explanation even got the chance to touch a live sting ray.Relaxing cruise to see the natural mangrove forest. Kee Yew Chan.

Great place to visit, tow hours tour is more than enough. Dont miss it. A must join tour, tow hours tour in private boat can be taken by 280 RM. This includes, bat cave, croc cave, fish farm and feeding, mangaroove forest, eagle feeding and thai boarders. Mohammed Marei.

Its just an awesome place. Nice view from sea. Highily recommended to visit every tourist. Md Monir Hossain.

Amazing place, good service & complete facilities. Best tour guide en. Khairul cairo Egypt ?. Sure will come back for mangroves river. Nurul Asyikin.

Kilim tour can be booked with 3 to 4 hr tour, avg Cost for varies between 250RM to 500Rm depends upon your power of bargains, best place to buy the trip is Panthi Cinaag beach as there are many vendor available so healthy competition also exist. Devraj Singh Rawat.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada harrizam.blogspot.my, www.inaainaa.com dan www.jomjalan.com.my kerana telah memberi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu admin dalam mengulas mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kilim Geoforest Park, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kilim Geoforest Park.

Facebook Comments