Nasi Padang Minang Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang

Restoran Nasi Padang Minang Pulau Pinang

Assalamualaikum. Pulau Pinang mempunyai banyak tempat makan yang menarik. Selain daripada nasi kandar, Pulau Pinang juga terkenal dengan nasi padang yang sangat sedap. Jika anda ingin makan masakan padang boleh datang ke Restoran Nasi Padang Minang yang terletak di Jalan Transfer. Restoran ini merupakan  tempat makan menarik di Pulau Pinang.

Restoran ini akan sesak dengan pelanggan apabila tiba waktu makan tengah hari. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis lauk yang dihidangkan dan pastinya akan membuka selera. Yang paling menjadi kegemaran pelanggan di sini adalah ayam goreng bercili dan sambal hijau yang dapat memikat selera siapa sahaja yang merasakannya.

Nasi Padang sebenarnya merujuk kepada gaya masakan yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Minang memang berasaskan cili padi. Namun yang demikian, rasanya tidak terlalu pedas bagi yang gemarkan masakan pedas. Apa yang pasti rasanya sangat sedap dan anda pasti akan berpuas hati.

Datanglah ke restoran ini jika ingin mencuba masakan minang. Lauk pauk yang banyak pasti akan membuka selera anda. Anda mempunyai banyak pilihan lauk mengikut selera dan kesukaan. Jadi, admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! NASI PADANG MINANG YANG SANGAT SEDAP DI PULAU PINANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Waktu Operasi :  11:00 a.m – 3:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Nasi Padang Minang

Menu

Disini menyediakan makanan tengah hari dengan pelbagai jenis lauk yang berasaskan masakan Minang. Anda boleh memilih lauk mengikut kesukaan. Harga makanan disini sangat berpatutan.

Jom Saksikan Menu di Restoran Nasi Padang Minang

Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Padang Minang

Authentic Malay food can be found in this time tested nasi padang stall that’s been around for decades. Now run by a third generation Malay family, this stall at a Chinese kopi tiam is always crowded with customers from all races. Good food at affordable prices. A.L Lim.

Good and cheap Malay food! Plenty of dishes to choose from, but my favourite was the fried stuffed fish (ikan sumbat). Deborah Dris.

Excellent food, great place to get into Malaysian food if you’re a beginner! Andrew Dames.

Must visit Malay nasi padang place. The ikan belah belakang is worth queuing for. lilian c.

Love the food so much!! People should try the food especially ikan sumbat, a great place for food hunting too. Sharleen Marlisa.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.what2seeonline.com, resepinannie.blogspot.my dan mikahaziq.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu dan berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Padang Minang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Padang Minang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRoti Canai Kayu Arang Tempat Makan Menarik di Melaka
Next articleMuzium Hantu Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang
nasi-padang-minang-pulau-pinang-tempat-makan-menarikSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!