Nasi Lemak Ayam Kampung Tempat Makan Menarik di Ipoh

nasi lemak ayam kampung di ipohAssalamualaikum. Melihat kepada nama restoran, pasti pelanggan sudah dapat meneka menu utama yang ditawarkan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Restoran ini merupakan tempat menarik di Ipoh
yang wajib dikungjungi untuk menikmati nasi lemak yang sangat sedap.

Satu keunikan nasi lemak di sini ialah sambalnya tidak terlalu pedas dan ada rasa manis yang tidak keterlaluan. Pendek kata, cukup rasa pada lidah orang kebiasaan. Kebanyakan menu di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung adalah masakan Thailand. Jadi tidak hairanlah anda akan menjumpai juadah pencuci mulut yang sukar ditemui di tempat lain seperti pulut mangga.

Restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap dan unik boleh didapati di sini. Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium. Selain daripada ayam kampung, belut juga merupakan menu istimewa yang jarang didapati di restoran lain. Pelbagai masakan menggunakan belut segar sebagai bahan utama boleh didapati di sini.

Datanglah ke restoran ini jika anda ingin merasa keenakkan nasi lemak ayam kampung. Anda pasti akan berpuas hati dan akan datang lagi untk makan bat kali kedua. Disini juga anda dapat rasa makanan berasaskan belut yang mungkin tidak terdapat di restoran lain.  Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! NASI LEMAK AYAM KAMPUNG PALING SEDAP DI IPOH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 5-254 4318
  • Waktu Operasi : 3:30 p.m – 2:00 a.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Nasi Lemak Ayam Kampung

Menu Utama

Menu utama disini ialah Nasi Lemak Ayam Kampung yang sinonim dengan nama restoran. Ayam Goreng Kampung yang masih panas dihidangkan bersama nasi lemak panas, sambal, telur rebus, kacang & bilis goreng. Saiz ayam kampung goreng lebih besar daripada kuantiti nasi. Jangan risau, boleh minta tambah nasi untuk kepuasan maksimum. Menu wajib cuba apabila singgah di sini. Harga untuk sepinggan nasi lemak ayam kampung ialah RM8.50 per set.

Menu Unik

Menjamu selera di restoran ini, kami cadangkan untuk anda mencuba menu berasaskan belut (RM6.50/600gram). Ada beberapa jenis masakan menggunakan belut di sini seperti sup belut, belut goreng kunyit, belut goreng pedas dan sebagainya.

Menu Menarik Lain

Pelbagai bubur manis boleh menjadi pilihan untuk hidangan pembuka selera mahupun pencuci mulut semasa menjamu selera di sini.

Jom Saksikan Menu di Nasi Lemak Ayam Kampung

Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Lemak Ayam Kampung

Food are delicious! And at a very affordable price. They serve varieties of food there including fried rice, seafood, western and delicious fruit juices. Really worth the money. A must try restaurant. Nurhafizah Ghazali

The food taste really great especially the chicken but a bit pricey. Shahril Md Noh

Nice nasi lemak with fried chicken. Akuramu Genki

The coconut rice is rich with flava. Serve with fried ayam kampung, tasty sambal, anchovies, sliced cucumber, peanut and boiled egg. Its a totally COMPLETE SET OF NASI LEMAK that represent Malay cuisine. Double thumbs up. Norsuhada Mohamad Tambizi.

Nice food! Variety. Clean and cosy place. Highly recommended! Irwan Abu Bakar.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada myselera.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat menarik dan berguna kepada admin. Ternyata restoran ini memang terkenal dengan hidangan nasi lemak ayam kampung yang sangat sedap di Ipoh.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Lemak Ayam kampung , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Lemak Ayam kampung.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Singgang Budu Tempat Makan Menarik Di Terengganu
Next articlePantai Cahaya Bulan Tempat Menarik di Kelantan
nasi-lemay-ayam-kampung-tempat-makan-menarik-di-ipohSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!