

Pengunjung jangan terkejut jika melihat suasana beratur panjang hingga ke luar kedai kerana itu adalah perkara biasa. Walaupun restoran Nasi Lemak Cik Chom ni mula beroperasi sekitar jam 5 petang, tapi orang ramai dah mula beratur seawal jam 4 petang lagi. Kerusi meja pun masih belum di susun tetapi orang ramai dah mula beratur untuk membeli. Hebat penangan Nasi Lemak Cik Chom. Kalau tidak sedap, orang ramai tidak akan sanggup menunggu dan beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan nasi lemak.
Kepenatan beratur lama sehinggakan 1 jam tidak terasa kerana pelanggan di sini tidak merungut dan rasa penat itu berbayar dengan nasi lemak yang sangat sedap. Yang menariknya, pelanggan di sini bukan saja terdiri dari orang melayu bahkan ramai juga bangsa lain yang turut beratur untuk mendapatkan Nasi Lemak istimewa ini.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri nasi lemak berhantu ini. Wang yang dikeluarkan untuk membeli nasi lemak ini akan berbaloi dan anda tidak akan menyesal. Kongsikan tempat makan menarik ini kepada rakan-rakan anda yang telah diletakkan dalam Peta Tempat Menarik ini. Jom kita nikmati Nasi Lemak Cik Chom yang luar biasa terbaik.
KEUNIKAN NASI LEMAK CIK CHOM MEMBUKA SELERA ORANG RAMAI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : No 16, Jalan Kencana 1A/1, Taman Pura Kencana, 83300 Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
- Nombor Telefon : +60 12-707 3471
- Waktu Operasi : 5:00 p.m – 10:30 p.m
- Facebook : Nasi Lemak Che Chom Batu Pahat
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Nasi Lemak Cik Chom
Menu Utama
1. Nasi Lemak Siakap
Nasi Lemak ini diidangkan bersama ikan siakap yang besar. Rasa garing dan rangup pada bahagian ikan memang membangkitkan selera. Keunikan nasi lemak berwarna hijau yang disusun di atas membuatkan nasi lemak ini kelihatan cantik dan membuka selera orang yang melihatnya.
2. Nasi lemak Sotong King
Nasi Lemak berlaukkan sotong king sangat terkenal di warung ini. Sotong gergasinya memang sangat mengiurkan tambahan pula dengan rasa kenyal pada sotong menambahkan rasa yang tidak terkata. Sotongnya dihidangkan panas-panas dan susah di makan kerana bersaiz besar. Tapi jangan risau, kerana pemilik restoran menyediakan gunting supaya kita boleh gunting ikut kesukaan kita.
3. Nasi Lemak Ayam
4. Nasi Lemak Burung Puyuh
Harga Menu
Nasi Lemak Sotong King = RM10
Nasi Lemak Siakap =RM17
Nasi Lemak Ayam = RM7
Nasi Lemak Burung Puyuh = RM8
Harga sangat berpatutan dan mampu di makan oleh semua golongan.
Jom Lihat Menu di Nasi Lemak Cik Chom
Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Lemak Cik Chom
Best Nasi Lemak (coconut rice), and Nasi Kukus (steam rice) I have ever tasted. Give it a try. It is a 15minutes drive from Batu Pahat town. Closed on Mondays. Phan Nop.
Marvelous and delicious. zaidismile ismail.
Good service. Mohd Nizamuddin.
Delicious Nasi Lemak. Try the King Kong Sotong Nasi Lemak. Power! Arshad Md Ariffin.
Nasi lemak yg sedap dan selalu makan kt sini waktu tinggal di BP. Wenni Acintia Soffian.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, Nasi Lemak Cik Chom merupakan warung contoh yang memperkenalkan makanan traditional orang melayu. Nasi Lemak sekarang telah digemari oleh semua bangsa dan bukan hanya melayu sahaja. Terima kasih kepada modzarin.com kerana telah membuat cerita mengenai warung ini. Banyak input yang berguna admin dapatkan untuk dikongsi kepada anda semua.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Lemak Cik Chom , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Lemak Cik Chom.