Nasi Lan Kedah Tempat Makan Menarik Di Shah Alam

restoran nasi lan kedah di selangor

Assalamualaikum. Nasi Lan Kedah merupakan sala satu  tempat makan menarik di Shah Alam yang menjadi bualan orang ramai pada hari ini.  Restoran di Shah Alam merupakan cawangan bagi Nasi Lan terkenal di Alor Setar yang dibuka oleh anak pengasas. Pengurus Nasi Lan Kedah, Muhammad Firdaus Mohd. Azlan, 25, anak ketiga daripada lima adik beradik ini mula berjinak-jinak dengan perniagaan sejak kecil apabila bapanya membuka kedai di Bangunan Peruda, Alor Setar.

Menu utama Nasi Lan Kedah ialah nasi kandar dengan pelbagai lauk. Populariti nasi kandar sememangnya cukup menakjubkan sehinggakan hidangan itu bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di utara Semenanjung, malah turut digemari di mana-mana pelusuk tanah air. Hanya dengan sepinggan nasi dan pilihan pelbagai lauk di samping campuran kuah yang tepat pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Pilihan rempah ratus yang menjadi rahsia keenakan adunan kuah dan nasi yang dihidangkan kepada pelanggan itu diambil dari utara tanah air seperti mana resipi yang digunakan di Alor Setar. Pengusaha restoran ini sendiri akan menyediakan rempah dan makanan bagi memastikan keenakan rasa itu dapat dikekalkan.

Sambutan yang diberikan di luar jangkaan dan ada masanya pelanggan terpaksa beratur panjang untuk menikmati juadah. Kadang kala jumlah pelanggan mencecah 1000 orang terutamnya pada waktu makan tengah hari. Pelanggan juga boleh menempah makanan melalui aplikasi makanan2u yang boleh dimuat turun di playstore. Admin tertarik untuk membuat artikel mengenai restoran yang hebat ini. Selain itu mari kita lihat perkongsian Peta Tempat Menarik ini.

RASAI NASI KANDAR DENGAN REMPAH RATUS RAHSIA DI NASI LAN KEDAH, SHAH ALAM

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : A-5-G,Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi K 16/K,SEK 16,40200 Shah Alam, Selangor.
  • Nombor Telefon : 017-591 4172
  • Waktu Operasi :  Setiap Hari (10:00 a.m – 12:00 a.m)
  • Facebook : Nasi Lan Kedah Shah Alam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Nasi Lan Kedah

Keunikan Konsep Restoran Nasi Lan

  • Konsep kedai yang santai memberi keselesaan kepada penggemar nasi kandar untuk menikmati hidangan dengan harga berpatutan.
  • menyediakan perkhidmatan penghantaran serta memperkenalkan aplikasi pesanan makanan, makan2u yang boleh dimuat turun di Playstore yang membolehkan pelanggan membuat tempahan menerusi telefon pintar.

Menu Popular di Restoran

  • Sotong kembang masak sambal
  • daging hitam
  • telur sotong
  • ayam goreng kunyit.

Harga Makanan

Harga makanan bergantung kepada saiz lauk. Ia serendah RM2.50 sehingga RM20 untuk satu hidangan.

Harga Makanan Nasi Lan Kedah

Jom Kita Lihat Menu dan Suasana di Nasi Lan Kedah

Restoran Nasi Lan Kedah
Restoran Nasi Lan Kedah

Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Lan Kedah

Hmm..ni 2nd time aku sampai..mmg terbaik baq hang…marvelous..awesome taste..teloq sotong menu wajib kena amik..hampa x try hampa rugi..dari Muar aku sanggup drive ke sini semata mata nk lunch ja..pas makan drive balik la..apadehal janji sedap walaupun kena beratoq especially lunch hour time..harga resoanable based lauk yg kita amik la..depend tekak dan poket memasing..bg aku sangat valuable kalau x mana mungkin aku drive dari johor just nk makan jer kan…hampa pikiaq la sendiri noo..
Terbaik dan semoga maju jaya Nasi Lan Kedah-Shah Alam… Mohd Zulfadli.

Best sedap lembut padu kick murah,Tapi kalau ada niat nak amik sotong, tny dulu harga..
berapa kali dah repeat, nsb dekat dgn shah alam..1st time masa p dulu ajak husband try, sekali kena perghh.. dia sikit2 jom nasi lan. Jom nasi lan..Smlm pun mama nk balik kuching, tapau bg kat abah bg depa rasa.Terbaik! Nur Najwa Zainol.

Sotong is the best one wei. Nasi sedap. Air pun sedap. Mmg tak menyesal! Will repeat soon. Mya Amira

Lauk terbaikkk. Tu je nok khabor. Insha Allah kalau ada rezeki sampai la kat sana lagi. Sharil Ozzy.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Nasi Lan Kedah merupakan salah satu tempat makan menarik yang wajib dicuba oleh semua yang berada di sekitar Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada Utusan Online di atas maklumat mengenai Nasi Lan Kedah ini. Maklumat yang dikongsikan ini dapat membantu warga Shah Alam untuk memilih tempat makanan yang menarik dan sedap.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Lan Kedah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Lan Kedah.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleTempat Makan Menarik Di Castella Cafe, Perak
Next articleTok Aman Bali Beach Resort Percutian Menarik Di Kelantan
nasi-lan-kedah-tempat-makan-menarik-di-shah-alamSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!