

Tempat Makan Sedap? Kesibukan kita bekerja seharian menjadikan pilihan orang ramai untuk makan diluar adalah sesuatu yang terbaik kerana faktor mudah, murah, banyak pilihan kedai makan, sedap dan yang penting memuaskan hati selain menjimatkan masa kita. Namun begitu satu soalan wajib yang sentiasa berada di dalam fikiran kita ialah “nak makan mana?”. Kalau sebelum ini admin pernah kongsikan beberapa tempat makan best di Selangor seperti Shaqhel’s Kitchen yang memang superlicious. Maka kita hari ini nak berubah arah untuk makanan tengah hari pula.
Jadi hari ini team JJCM tempatmenarik.my akan membawa anda semua ke destinasi tempat makan sedap di Selangor atau lebih tepatnya lokasi di Batu Caves, Selangor. Siapa yang tinggal area Batu Caves rasanya patut kenal dan tahu tempat makan best ini, kalau tak tahu tak apa jom kita rasa!
Hari ini kita akan JJCM bersama untuk mencari Nasi Kak Wook dimana nasi ini sangat populor di Kelantan. Secara ringkasnya, nasi ini terdiri daripada nasi putih + ayam goreng garing + kuah gulai ayam/ dalca + sambal belacan. Simple tapi sedap!
Ini sedikit pengenalan kalau ada yang tak tahu sejarah Nasi Kak Wook!
” Nasi Kak Wok or nasi Kak Wook traces its origins back to the late Mek Wook Hassan or “Kak Wook” who served her own special version of nasi berlauk at Kampung Lundang, Kota Baru. After she died, her family carried on the business. Due to its popularity, there are many stalls all around Kelantan and even the Klang Valley that have replicated the dish.”
Nasi Kak Wook, Tempat Makan Sedap Versi POWER di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah!
- Alamat : Lot 575, Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra 68100 Batu Caves Selangor.
- Nombor Telefon : 017-4117 460
- Facebook : Nasi Bungkus Mok Dah
- Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 12.00 malam
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah
Ok, kalau bercakap tentang apa yang special di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah ini pastinya ialah masakan yang sedap. Dan restoran ini juga menampilkan menu yang sangat power di kita boleh lihat Nasi Bungkus Mok Dah ini sangat terkenal dengan menunya yang tersendiri iaitu :
- Ayam Kampung Goreng Madu
- Nasi Kak Wok
- Teh Hijau Madu
Ok ini antaranya sahaja ya. Kalau nak tahu lebih banyak tentang menu, dan apa yang menarik di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah ini sila follow Facebook mereka.
Antara Menu di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah








Review Restoran Nasi Bungkus Mok Dah
Bape hengget sebungkos kak wok, teh hijau menelan air lior saya, cam mana blh hijau kak wok. Abdul Satar Satar
Huhu dekat sgt jalan kaki sambil pejam mata pun bole sebelah dia ada restoran jual western n sebelah lagi car wash kan kan. Ismail Mohd
Meme terbaik! Naza Mie
Penutup
Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Restoran Nasi Bungkus Mok Dah yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman dah makan dan merasai pelbagai menu di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Nasi Bungkus Mok Dah!