Nasi Dagang Pak Malau Tempat Makan Menarik Di Langkawi

22

Nasi Dagang Pak Malau

Assalamualaikum. Nasi dagang merupakan menu popular di Terengganu tetapi di Pulau Langkawi juga terdapat sebuah warung yang menjual nasi dagang. Nasi Dagang Pak Malau merupakan tempat makan menarik di Pulau Langkawi. Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi.

Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya semua masakan yang disediakan kat sini memang sedap dan disesuaikan dengan citarasa orang tempatan.

Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Suasana makan anda menjadi lebih berselera dengan melihat sawah padi serta pemandangan kampung.

Kepada pengunjung yang datang ke Langkawi wajib untuk singgah sarapan pagi. Keenakkan nasi dagang ini pasti memberi kepuasan kepada anda. Pak Malau juga sangat mesra dengan pelanggannya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasa sendiri nasi dagang di warung Pak Malau. Admin kongsikan disini Peta Tempat Menarik ini untuk panduan semua pembaca.

AWESOME! NASI DAGANG SANGAT SEDAP DI WARUNG PAK MALAU, LANGKAWI.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 12-271 1977 
  • Waktu Operasi :  8:00 a.m – 2:00 p.m
  • Facebook : Nasi Dagang Pak Malau
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Warung Pak Malau

Menu Popular

Nasi Dagang dengan pelbagai lauk yang pasti akan membuka selera. Antara lauk yang  disediakan ialah gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampung.

Harga Menu

Mengikut jenis lauk yang diambil. Antara harga makanan:

  • Kambing Kurma: RM 14:00
  • Ayam kampung : RM 10:00
  • Ayam Goreng Rempah : RM 8:00
  • Ayam Gulai : RM 7:00
  • Daging Kerutuk : RM 8:00
  • Ikan Gulai : RM 7:00

Konsep Kedai

Pak Malau menggunakan hiasan-hiasan dalaman lama seperti tembikar, tempayan, kereta antik serta perabot lama bagi memberikan mood nostalgia. Meja makan juga bukan saja disusun di sekitar kedai makan, malahan Pak Malau juga memberi peluang sekiranya ingin makan berhadapan dengan sawah padi. Menurut Pak Malau, spot ni adalah di antara spot famous dan kadang-kadang orang menjamu selera kat sini menghabiskan sampai 2 jam semata-mata ingin menikmati pemandangan.

Jom Lihat Menu di Nasi Dagang Pak Malau

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Dagang Pak Malau

What a pleasant surprise! Best to go first thing in the morning, so that you can get the best seat in the house (overlooking the beautiful rice paddies) and also don’t miss out on some delicious food. We had the chance to meet Pak Malau and he was very friendly. Soraya Nicholls.

Nice little road side stall with amazing view of the paddy fields. Food is very tasty of course, I would always order Nasi Dagang with Ayam Goreng Berempah with gulai ikan (fish gravy), I just love this combination! The owner and his staff are extremely nice and friendly as well, a must visit place in Langkawi. Harris Abdul Rahim.

The food is good, the owner is so friendly and the location had a great view of paddy field. han nee.

Awesome! The place. The food. The view. Zuhariyah Daud.

The view is magnificent. Feel the village atmosphere. Good local food. Kumarasan Palasubramaniam.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada mohdnazrin.com kerana banyak memberi maklumat dan gambar mengenai warung Pak Malau. Selain itu ucapan terima kasih juga kepada anakcikgunawi.blogspot dan dhiastuff kerana admin telah mengambil gambar daripada blog mereka. Bersama-sama kita bantu majukan perniagaan orang tempatan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Dagang Pak Malau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Dagang Pak Malau.

Facebook Comments