

Jika datang berkungjung ke Negeri Terengganu, selain keropok lekor, nasi dagang juga perlu dicuba. Jika tidak, percutian anda di Kuala Terengganu tidak lengkap. Admin kongsikan sebuah warung yang menjual nasi dagang yang sangat popular negeri ini.
Nasinya yang lembut dan berasnya yang panjang, ikan tongkolnya yang segar dan yang istimewanya cili apinya bukan di campur sekali dalam kuah gulai nasi dagang ini. Cilinya adalah yang dijeruk dan dihidangkan sekali di atas meja makannya. Pasti anda akan berpuas hati dan ingin mencuba lagi pada masa akan datang.
Anda perlu datang lebih awal kerana nasi dagang kak jah sangat laku dan sekiranya lambat anda tidak berpeluang untuk merasainya. Anda juga perlu bersabar kerana perlu beratur panjang. Namun yang demikian, anda pasti tidak akan menyesal kerana dapat merasai nasi dagang yang paling sedap di negeri ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
NASI DAGANG KAK JAH PALING SEDAP DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 1139, Jalan Pasir Panjang, Kampung Pasir Panjang, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
- Waktu Operasi :Â 7:00 a.m- 11:00 a.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Nasi Dagang Kak Jah
Menu Utama
Disini menyediakan nasi dagang iaitu makanan traditional Terengganu. Nasi yang dimakan bersama gulai ikan, acar timun ini sangat sedap. Anda perlu datang dan rasai sendiri kesedapan nasi dagang Kak Jah. Selain itu, disini juga ada jual nasi kunyit. Nasi kunyit ini juga merupakan makanan traditional negeri Terengganu.
Harga Makanan
Harga makanan disini sangat murah. Nadi dagang dan nasi kunyit hanya RM3.00 untuk satu bungkus.
Jom Saksikan Menu di Nasi Dagang Kak Jah
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Dagang Kak Jah
One of the best and long established of nasi dagang in KT. Come early and the parking spaces are hard to find.Suria Sulaiman.
The best nasi dagang in terengganu , have a try once and it very satisfying. Ariffin tba3005.
Best flavours and well cooked. Be early or you will be disappointed as its over by 0830. Laksamana Hang Nadim
Nice place for a change of taste for nasi dagang loyalists. Abu Faris.
The best of the best Nasi Dagang’s ever. Zulkifly Yusoff.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada cartablogger.blogspot.my dan malaysiadateline.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Dagang Kak Jah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Dagang Kak Jah.