

Keistimewaan disini ialah berkonsepkan nasi membukit iaitu dengan kuantiti banyak tetapi harga yang mampu dibeli. Tidak hairanlah disini menjadi tumpuan pelajar di UITM Shah Alam untuk makan kerana murah. Nasi yang banyak sehingga boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Jimat bukan? Jadi sesiapa yang ingin makan banyak tetapi mahu jimat datanglah ke kedai makan ini.
Selain daripada masakan panas, sesiapa yang mahu makan nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi set kambing juga disediakan disini. Pengemar nasi ayam atau nasi ayam penyet boleh berkungjung direstoran ini. Kedai ini dibuka pada waktu malam, jadi sesuai untuk makan malam santai disini bersama keluarga.
Datanglah ke kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa ini kerana disini makanan yang dijual murah dan sedap. Bawa keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati sendiri makanan di sini. Kongsikan tempat makan menarik ini kepada semua pembaca dan admin juga telah masukkan kedai makan ini ke dalam Peta Tempat Menarik.
MAKAN SAMPAI KENYANG DI NASI BUKIT PADANG JAWA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
- Waktu Operasi :Â 5:00 p.m – 12:00 a.m
- Facebook : Nasi BukitÂ
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Nasi Bukit Padang Jawa
Menu Utama
- Pelbagai Masakan Panas
- Nasi Ayam
- Nasi Ayam Penyet
- Nasi Set Kambing
Jom Lihat Menu di Nasi Bukit Padang Jawa
Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Bukit Padang Jawa
Cheapest price. 1 portion like for 2 pax. Suitable for student nearby like UITM or UNiSel. ChalF Pauzi.
but for the kambing set, memang salute, best sesengat, memang patot cuba..???. adibah alui.
Lumayan kuantitinya. Siti Sarah.
I think it is suitable for those who love to share their food. Served in big portion. Tasty & affordable. ?. Jerome Jr.
Satu pinggan boleh makan 4 orang. Portion bnyk gila ? Sedap ?? Harga pun ok. Alia Najiha.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke kedai makan ini. Walaupun bukan restoran mewah tetapi cukup sesuai bagi mereka yang suka kepada masakan panas. Jika mahu datang, datanglah dengan lebih daripada seorang kerana anda pasti terkejut dengan kuantiti nasi yang sangat banyak yang boleh berkongsi.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Bukit Padang Jawa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Bukit Padang Jawa.