

Assalamualaikum. Jika anda sampai ke Sarawak jangan lupa untuk datang ke muzium tekstil. Anda dapat melihat pelbagai busana traditonal di Sarawak. Ianya telah menjadi tempat menarik di Sarawak.Â
Bangunan dengan seni bina Renaissance Inggeris ini pada asalnya merupakan Pusat Perubatan sebaik selesai pembinaannya pada tahun 1907. Kemudiannya, bangunan ini diambil alih untuk dijadikan Jabatan Pendidikan.
Namun sejak Ogos 2000, bangunan ini telah dijadikan sebagai Muzium Tekstil yang mempamerkan kepelbagaian busana tradisional dan tekstil hasil tenunan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak. Bukan sekadar pameran yang biasa, anda juga dapat melihat bagaimana tekstil ini dihasilkan dari benang hinggalah ia siap sebagai sehelai kain.
hadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana kain traditonal sarawak dibuat. Anda pasti akan teruja dan banyak ilmu akan diperolehi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
WOW! JOM LIHAT KAIN TRADITONAL DIBUAT DI MUZIUM TEKSTIL SARAWAK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak.
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:45 p.m, Sabtu, Ahad dan cuti umum 10:00 a.m – 4:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Muzium Tekstil Sarawak
Apa ada di sini?
Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.
Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media ‘touch on’ yang disediakan.
Di penghujung pameran mempamerkan pelbagai pakaian masyarakat tempatan.
Harga dan Kos Terlibat
- Masuk adalah percuma
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Tekstil Sarawak
Jom Lihat Review Pengunjung di MuziumTekstil
Stunning and historic place. all the clothes and textiles are placed on upper floor so use the staircase inside. free entrance for public views. they’ll greet you happily, don’t worry. Iffah Rezali.
Nice people, nice place and enjoy the culture. nur hayati yuki.
Historical building with a line of traditional handmade textile from indigenous community in Borneo Sarawak. Entry is free of charges. Billy Wong.
A museum for local people tradition. Mr. Nice Guy.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com, madtech.com.my dan foursquare.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Datang ke Muzium ini jika mahu melihat sendiri bagaimana kain traditional Sarawak di buat.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Tekstil Sarawak , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Tekstil Sarawak .