Muzium Sultan Abu Bakar Pekan Tempat Menarik di Pahang

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan

Assalamualaikum. Muzium daerah Pekan atau lebih dikenali sebagai Muzium Sultan Abu Bakar terletak di Jalan Sultan Ahmad. Muzium itu digunakan untuk menyimpan dan mempamerkan kebudayaan dan sejarah tempatan untuk tujuan kajian, pendidikan dan hiburan. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Peka, Pahang. 

Muzium ini berfungsi untuk membantu kajian mengenai kebudayaan tempatan dan menjaga monumen lama dan tempat-tempat bersejarah dan mempromosikan pelancongan. Anda dapat melihat pelbagai maklumat sejarah berkaitan Negeri Pahang disini.

Anda juga boleh saksikan serba-sedikit kehidupan keluarga diraja melalui barang-barang perak, perhiasan serta cenderahati yang dipamerkan di muzium. Terdapat juga gambar-gambar keluarga diraja sejak dari pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Di luar muzium terdapat jet TUDM, jentera PDRM dan helikopter TLDM. Jadi anda boleh datang dan lihat sendiri sejarah yang dipamerkan di sini. Tempat bersejarah ini perlu dilawati supaya kita tidak lupa sejarah-sejarah terdahulu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! SENI BINA MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN YANG MENAKJUBKAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang.
  • Nombor Telefon : 09-422 1371 
  • Waktu Operasi : 9:30 a.m – 5:00 p.m (Isnin tutup)
  • Website : Muzium Sultan Abu Bakar Pekan
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Abu Bakar Pekan

Sejarah Muzium

Pada mulanya, bangunan muzium itu dibina sebagai kediaman Residen British yang pertama di Pahang, Mr.J.P.Rodger pada 1 Julai 1888. Apabila ibu negeri Pahang dipindahkan ke Kuala Lipis pada Jun 1898, ia dijadikan rumah tetamu kepada residen apabila berurusan di Pekan.

Bangunan itu kemudian dibina sebagai bangunan batu dua tingkat untuk menggantikan bangunan asal yang diperbuat daripada kayu. Ia pernah dijadikan markas tentera Jepun. Ia juga pernah menjadi istana Sultan Abu Bakar setelah berpindah daripada Istana Seri Terentang dan dinamakan Istana Kota Beram.

Bangunan itu kemudian ditambah strukturnya untuk dijadikan Balai Rong Seri. Ia dijadikan muzium apabila keluarga diraja itu berpindah ke istana baru.

Kenali Kesultanan Melayu Pahang

Kunjungan ke Muzium Sultan Abu Bakar membolehkan anda mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Kesultanan Melayu Pahang serta Negeri Pahang secara khasnya. Maklumat tentang sejarah Kesultanan Melayu Pahang telah digarap dan diolah dengan baik melalui bahan pameran oleh pihak pengurusan muzium.

Segala aktiviti penting tentang kesultanan Melayu Pahang telah didokumentasikan dan diceritakan kembali kepada pengunjung dengan olahan yang amat baik serta mudah difahami.

Tiket Masuk

Bayaran masuk ialah RM4 untuk rakyat Pahang, RM5 bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pelancong luar negara.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Muzium Abu Bakar Pekan

Menarik di Pekan Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar Pekan merupakan satu tempat tarikan di Pekan Pahang. Menggabungkan unsur teknologi dalam menarik orang ramai untuk melawat muzium ini. Pelbagai pameran menarik yang dipamer akan memberi satu pengalaman baru kepada pelawat yang berkunjung ke sini. by Cluster Pekan

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Sultan Abu Bakar Pahang

A good place to start for those who are interested to know more about the state of Pahang, the rulers and its history. Artifacts are nicely maintained and labelled accordingly. Easy access for information related to the particular exhibition. Encik Anif.

Well design indoor & outdoor exhibition. Lee Chee You.

Good place for historians to study legacy of Malays Rulers. Sachs Husam.

Berbagai koleksi Dan artifak sejarah seperti senjata, pakaian, tembikar Dan banyak lagi untuk dikaji. Sesuai untuk anak2 yang dahagakan ilmu. Norasikin Basri.

Menarik dan penuh dengan sejarah negeri. Muhammad Hakimi Rosli.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada ichifighting.blogspot.my, pekan98.tripod.com dan www.mdanif.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan gambar yang sangat menarik. Dalami sejarah negeri Pahang dengan datang sendiri ke muzium ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Sultan Abu Bakar Pekan.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleHutan Lipur Lubuk Yu Detinasi Menarik di Maran, Pahang
Next articleTaman Negara Tempat Pelancongan Utama Di Pahang
muzium-sultan-abu-bakar-pekan-tempat-menarik-di-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!