Muzium Seni Bina Malaysia Tempat Menarik di Melaka

665

Muzium Seni Bina Malaysia

Assalamualaikum. Muzium Seni Bina Malaysia mula dibuka kepada umum pada bulan September 2005. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mempamerkan keunikan warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Selain daripada menjadi satu lagi destinasi pelancongan menarik diMelaka.

Bangunan yang dijadikan muzium ini adalah sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pegawai-pegawainya. Ia kemudian dijadikan pejabat pentadbiran semasa pentadbiran Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Malaysia untuk dijadikan muzium pada tahun 2000, bangunan ini telah digunakan sebagai pejabat pentadbiran Lembaga Air Melaka sejak tahun 1982.

Muzium Seni Bina Malaysia ini yang diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang seumpamanya yang diharap dapat memberikan sedikit gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia kepada masyarakat umum.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri apa yang terdapat di dalam muzium ini. Anda pasti teruja dengan pameran-pameran yang disediakan. Banyak ilmu pengetahuan mengenai seni bina Malaysia yang akan anda perolehi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! KENALI SENI BINA MALAYSIA YANG UNIK DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:30 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Seni Bina Malaysia

Apa Yang Dapat Dilihat Disini?

Ruang pameran yang terdapat di muzium ini dibahagikan kepada 8 galeri utama yang memaparkan seni bina rumah-rumah Melayu Tradisional, Seni Bina Istana, Seni Bina Kolonial, Seni Bina Moden, Seni Bina Rumah Ibadat, Seni Bina Kota-Kota Pertahanan dan Seni Bina Peribumi.

Persembahan pameran ini dilengkapi dengan gabungan teks dan model-model bangunan bersejarah yang menarik serta unik. Antara yang menarik ialah model stesen keretapi Tanah Melayu, Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang dan banyak lagi. Selain daripada itu turut dipamerkan ialah peralatan-peralatan pertukangan tradisi yang digunakan dan juga ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah-rumah Melayu.

Tambah Ilmu Pengetahuan

Muzium ini juga turut menekankan aspek pendidikan dengan menyediakan pusat sumber sebagai tempat rujukan mengenai warisan seni bina yang terdapat di Malaysia.

Kemudahan

1. Perpustakaan
2. Bilik tayangan video
3. Lawatan berpandu akan disediakan (hubungi pegawai kami untuk permohonan)
4. Terdapat restoran dan hotel berhampiran muzium
5. Tandas awam

Tiket Masuk

Masuk adala percuma untuk semua.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Seni Bina Malaysia

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Seni Bina Malaysia

Very interesting display of all types of buildings with models, pictures and plans. Maybe it feels like a bit too much to read :). Free entry is a plus. Ania James.

This little museum will give you an overview of Malaysian architectural design: from religious structures, to the rumahs, to shophouses, civic buildings, and other buildings. It is both educational and also free. Bernardo Arellano III.

Free entry and thank God for the air conditioning to cool off the sweat. Interesting exhibition. Haziq Aiman.

Museum about architecture in Malaysia. Wasin Sirichai-ekawat.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jmm.gov.my dan www.caridestinasi.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Datanglah ke muzium ini untuk mengenali sendiri seni bina di Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Seni Bina Malaysia, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Seni Bina Malaysia.

Facebook Comments