"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Muzium Seni 3D Tarikan Pelancong di Pulau Langkawi

1262

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Muzium Seni 3D

Assalamualaikum. Jika datang ke Pulau Langkawi tempat wajib untuk dikungjungi ialah muzium seni 3D yang merupakan tempat menarik di Pulau Langkawi. Muzium ini telah menjadi tarikan baharu pelancong yang telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2015.

Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Seni Langkawi di Muzium Paradise 3D ini dinobatkan sebagai Muzium Seni 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia, mempunyai lebih daripada 200 karya seni yang mengagumkan yang kelihatan hampir seperti hidup apabila bergambar. Lukisan ini dihasilkan oleh pakar dari korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

Muzium 3D ini terletak berhampiran dengan kereta kabel. Sementara menunggu untuk menaiki kereta kabel anda boleh melihat pertunjukan seni yang terdapat di muzium ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.

BERGAMBAR DAN HAYATI LUKISAN 3D DI MUZIUM SENI 3D LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 13-509 1209
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 6:00 p.m
  • Facebook : Nama Facebook
  • Peta Lokasi : 

Macam mana, menarik bukan?

Dapatkan Info Menarik di Muzium Seni 3D Langkawi

Aktiviti Sesuai

Melihat dan bergambar dengan gambar-gambar 3D yang seakan-akan hidup. Anda pasti teruja dengan hasil-hasil karya di muzium ini.

Sembilan Zon Di Muzium Seni 3D

1. Ilusi Optik

Zon Ilusi Optik mengandungi pameran yang direka khas untuk mengaburi mata bila dilihat pada suatu sudut. Di sini, pengunjung akan dapat alami bagaimana imej boleh dimanipulasi untuk mencipta suatu ilusi yang boleh dipercayai.

2. Akuatik

Meneroka keajaiban laut dalam tanpa dibasahi air? Zon Akuatik penuh dengan kehidupan marin dan seni aquascape ini adalah jawapannya.

3. Safari

Sama ada anda ingin bersantai dengan beruang atau melarikan diri dari hipo yang mengamuk, di Zon Safari, anda boleh merasai lebih dekat dengan pelbagai haiwan esotik dan juga haiwan liar.

4. Zon Interaktif 1

Pameran Zon Interaktif ini berkait rapat dengan tema daripada fiksyen sains sejarah purba. Tanpa anda, karya seni ini tidak lengkap dan kelihatan hidup, jadi jom mula bergambar dan menjadi seorang yang kreatif!

5. Klasik

Langkah ke dalam replika Seni Klasik dari orang-orang seperti Monet, Vincent Van Gogh, Gustav Klimt dan Leonardo Da Vinci. Jadilah sebahagian daripada karya-karya bersama-sama orang yang ternama dalam sejarah.

6. Fantasi

Keluar dari realiti, dan rasai impian anda dalam Zon Fantasi. Terbang seperti burung, dan terapung di antara galaksi.

7. Dewan Utama

Dewan Utama adalah zon terbesar di muzium 3D dan tarikan utama seni-seni. Meneroka seluruh dunia – dari Mesir Purba kepada zaman pertengahan Eropah.

8. Zon Malaysia

Terdapat pelbagai Cara hidup dan budaya rakyat Malaysia. Zon ini mengisahkan warisan kita dari satu generasi ke satu generasi.

9. Zon Interaktif 2

Ini adalah zon terakhir yang perlu anda lalui sebelum keluar dari Muzium 3D ini. Memaparkan yang imej yang suka bermain dan gambaran luar batasan.

Harga Tiket

Peringkat Umur                                         Harga
Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)              RM20
Dewasa (13 Tahun ke atas)                       RM30

Jom Saksikan Keindahan Panorama Muzium Seni 3D Langkawi

Info Apa Yang Anda Perlukan?

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Seni 3D Langkawi

My friends and i enjoyed every 3D arts here but be prepared because this place is overcrowded with people. Our mistake was that we went here during weekend. Be patient over certain people who will cut your queue of taking a picture (no manners at all) and kids running around when your camera is clicking (a lot of my photos got ruined because of them). Miss Fadillah.

It started with some boring and usual art facts, but then it just escalated. Make sure to bring a fully charged camera with lots of space and pics to capture in. Creative art which just makes up for your day in Langkawi. Laser Show was cherry on the cake! pranav lahoty.

Awesome creative 3D art that blows away your mind. Must stand at the right capture pint to enjoy the right perspective though. Feroz Siddiqui.

Pretty awesome place. 3d paintings are tremendoius. You can enjoy the it by taking your picture as pointed in the floor. Loved it. Ajgor Khan.

Freaking Awesome! Something you See Difference World from Naked Eyes!. Great Work Done through Painting !. Excellence Imagination. Shashank Gupta.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepadabharian.com dan blog.pakej.my kerana telah berkongsi mengenai tempat ini. Banyak maklumat berguna yang telah diperolehi. Terima kasih juga kepada www.travelsifu.com dan koding-kn.blogspot kerana telah berkongsi gambar yang menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Seni 3D Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Seni 3D Langkawi.

Facebook Comments