

Assalamualaikum. Setiap negeri pasti terdapat sejarah yang tersendiri. Setiap sejarah akan diabadikan di dalam muzium. Sekiranya anda sampai di Kota Kinabalu Sabah, anda perlu berkungjung ke Muzium Sabah yang terletak di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Muzium sabah merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di negeri ini. Ianya menjadi tempat menarik di Sabah.
Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.
Muzium di Kota Kinabalu ini adalah antara muzium paling unik di Malaysia kerana ia bukan sahaja memuatkan artifak bersejarah tetapi juga zoo mini, kampung budaya dan taman herba dalam satu kompleks. Anda bakal melihat koleksi senjata, ukiran, binaan rumah panjang, alat muzik tradisional dan barangan seramik di dalam lawatan anda di kompleks seluas 43 ekar ini.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Muzium Sabah ini bagi mempelajari sejarah Negeri Sabah. Anda pasti seronok dan teruja kerana terdapat pelbagai bentuk pameran di muzium ini yang mempunyai 3 bangunan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! MUZIUM SABAH SANGAT UNIK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
- Nombor Telefon : 088-225 033
- Waktu Operasi : 9:00 A.M – 5:00 P.M
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Muzium Sabah
Ruang Pameran
Apa yang menarik ada di sini ialah di dalam kawasan muzium ini dibahagikan kepada beberapa Kompleks lain, antaranya Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Oleh yang demikian anda perlu rancang masa dengan baik supaya dapat melawat semua pameran.
Harga dan Kos Terlibat
- Warganegara
- Dewasa : RM 2.00
- Kanak-kanak : RM 2.00
2. Bukan Wargenegara
- Dewasa : RM 15.00
- Kanak-kanak : RM 15.00
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Sabah
Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Sabah
Good place to understand the prehistory of Sabah, and the history of people here, it also introduced local species of plants and animals, which is very informative. Would recommended to visitors who is interested in history or archaeology. It’s worthy to spend 2-3hours here. Apart from that, there is a bush walkway to walk around. 鄒岳宏.
I brought my little boy here and he really enjoyed the whole ‘adventure’ seeing and learning things about the past. I think most children will love to experience what he has had so therefore, I propose that every parent should bring their children here and let them enjoy and appreciate all the beauty of history. sitiliah Atin.
Worth a visit. Gives a comprehensive understanding of the history and culture of Sabah all under one roof. A must visit. Dora Lim.
Very rich museum. They have nicely arranged and retained the culture of Sabah. The background music takes you to the nature. MT HP.
Its a good place to s visit with family or a school trip. Foreign visitor also can know abaut sabah culture’s better. If you visit this place,try to explore every inch of the museum. The Oppenheimer Blue.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my dan www.sobriyaacob.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Dapatkan pelbagai maklumat berkaitan sejarah Negeri Sabah di muzium ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Sabah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Sabah.