Muzium Maritim Melaka Tempat Bersejarah

1978

Muzium-Maritim-Melaka

Assalamualaikum. Salah satu muzium yang terdapat di Melaka ialah Muzium Maritim atau dikenali juga dengan Muzium Samudera. Ianya terletak betul-betul di Bandar Hilir Melaka dan bersebelahan Sungai Melaka. Muzium ini merupakan salah satu yang paling unik dan menjadi tumpuan para pelancong samada di dalam mahupun luar negara. Ianya merupakan tempat menarik di Melaka yang wajib dikungjungi.

Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Kali pertama anda datang ke sini pasti akan teruja dan tertarik. Anda akan menaiki tangga yang dibina di tepi kapal. Dari atas kapal anda akan dapat melihat pemandangan indah sungai Melaka. Disini terdapat tiga ruang yang boleh dilawati iaitu pameran utama dalam kapal, bilik peta dan bilik kapten.

Di dalamnya anda bakal melihat wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Anda juga akan diperkenalkan kepada sejarah Panglima Awang (namun dikatakan telah diKristiankan dan menukar nama kepada Enrique) — iaitu orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia.

Selain daripada menimba ilmu, anda juga dapat melihat keindahan kapal yang telah lama ditinggalkan. Ini pasti akan menjadikan satu pengalaman yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri mengembara di dalam Muzium Maritim. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

Muzium Maritim Melaka Menjadi Tarikan Hebat di Bandar Hilir

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Waktu Operasi : Isnin – Khamis (9:00am – 5:30pm), Jumaat-Ahad (9:00am – 9:00pm)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Maritim

Sejarah Kapal Flo De La Mar

Kapal Flo De La Mar adalah sebuah kapal perang Portugis yang dibina di Lisbon pada tahun 1502. Ia telah digunakan sewaktu pengembaraan ke India bersama 22 kapal lain dan bukan sahaja diguna sebagai kapal perang tetapi juga sebagai pengangkut hasil rampasan.

Di bawah kemudi general bernama Afonso de Albuquerque, kapal ini bertanggungjawab menakluk Goa di India serta menakluk kerajaan Melayu Melaka. Walaupun kapal ini merupakan antara kapal kebanggaan Portugis, ia mengalami banyak masalah sejak pelayaran sulungnya. Dan dalam perjalanan pulang ke Lisbon ia karam dipukul ribut.

Mengembara Di dalam Muzium

Sebelum masuk ke dalam anda boleh menaiki tangga untuk melihat bilik kapten. Dibahagian ini juga terletak menara tinjau. Turun daripada bilik kapten anda boleh masuk ke dalam bilik peta. Ianya terletak disebelah kanan kapal. Disini terdapat peta dunia zaman dahulu.

Bahagian dalam kapal ini terdapat tiga tingkat ruang pameran. Terdapat tangga kayu untuk ke setiap tingkat. Ianya kemas dan cantik.

Harga Tiket

  • Warganegara Dewasa : RM 5.00
  • Warganegara Kanak-Kanak : RM 3.00
  • Bukan Warganegara Dewasa : RM 10.00
  • Bukan Warganegara Kanak-Kanak : RM 6.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Maritim

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Maritim

Where we enjoyed and experienced the marine people’s life. From the captain till the slave in a ship and about Malaysia’s marine life system. Nathan Hell.

The history of maritime in malacca. Worth visiting to understand the history and the integrity structure of the big vessel is really scary, so walk with care, however there are amazing history inside. Shawn Tay

Great experince. Truly enjoyed. Ahmed Khan.

Really good museum but Malaysians have poor english. Although it tells all about the maritime trade and ships, it’s very old and is smelly inside. Anshu Trivedi.

This is really good. You can go and learn how trades we’re done in medieval time. Alok Kumar.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.percutianbajet.com dan www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklmat yang sangat menarik dan membantu. Anda perlu datang ke muzium ini untuk melihat sendiri keunikan mzium ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Maritim, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Maritim.

Facebook Comments