

Assalamualaikum. Di dalam Universiti Malaysia Sabah (UMS) terdapat sebuah Muzium Marin. Jika anda merancang untuk ke sabah jangan ketinggalan untuk melawat muzium ini. Akuarium dan Muzium Marim UMS ditubuhkan pada tahun 1995, yang merupakan satu lagi tambahan kepada kampus Universiti Malaysia Sabah. Ianya telah menjadi tempat menarik di Sabah.
Terletak pada pemandangan di kawasan pinggir laut yang indah, kompleks Akuarium-Muzium-Marin menempatkan hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. Ia merupakan salah satu daripada komponen utama di dalam Marine BioValley di UMS khusus untuk menginspirasikan pemuliharaan di laut melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi serta penerokaan.
Susun atur di dalam seksyen akuarium memaparkan ekosistem dengan komuniti kompleks bagi organisma yang berinteraksi antara satu dengan yang lain di dalam persekitarannya menjadikan ia sebagai suatu pembelajaran yang unik. Anda pasti akan teruja dengan ekosistem yang dipamerkan.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini. Selain daripada melihat keindahan hidupan laut anda juga dapat mempelajari ilmu mengenai kehidupan marin. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! KEINDAHAN KEHIDUPAN MARIN DI MUZIUM MARIN SABAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
- Nombor Telefon : 088-320 121
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:30 p.m, Jumaat: 9:00 a.m – 11:30 p.m, Ahad: Tutup
- Website : Marine Museum
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Muzium Marin
Harga dan Kos Terlibat
Warganegara
Kanak-kanak / Pelajar (4-17 tahun) – RM5
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM10
Warga Emas – RM5
Pass Kamera (optional) – RM5
Bukan Warganegara
Kanak-kanak / Pelajar (4-17 tahun) – RM10
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM20
Warga Emas – RM10
Pass Kamera (optional) – RM10
Kemudahan yang Ada
- Diorama Menyelam di Pulau Sipadan
- Akuarium Marin
- Muzium Marin
- Bilik Mini Teater
- Ruang Ocean Outreach Corner
- Laluan Bakau dan Kolam Air Tawar
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Marin Muzium
Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Marin
I am actually a student from UMSKAL, when i first step in this place, i don’t really place too much expect on it, since it is only a marine aquarium inside an Uni. But it looks different. I even feel touched when i saw few big turtles inside the big aquarium. One of it swims towards me and rest just in front of me. I am lucky also, I met the feeding session. I saw all those workers throw the fish feed inside for them. It is nice. Ng Wai Kei.
Best biggest aquarium in sabah. Most beautiful large variety. Differ specis. International knowledge. Wide range of fishes. Many sciencetific experiment. patrick ngui.
Entertaining and wonderful exhibits. Perfect for bringing children. Angelya Simon
Nice view. Nice place to visit in ums. Azly Rudin.
Small aquarium but well worth a visit. There is a touch tank to let the kids feel some of the sea creatures. Costs only rm10 for adults to enter. Alexander.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.urangsabah.com, www.ums.edu.my, www.mysabah.com dan oneappsgroup.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata muzium ini harus dilawati untuk melihat sendiri keunikkanya.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Marin , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Marin.