Muzium Magic Art Tempat Menarik di Melaka

1482

Muzium Magic Art di Melaka

Assalamualaikum. Kalau bercuti ke Melaka jangan lupa singgah Magic Art Museum 3D art. Muzium ini terletak berhampiran dengan Bayou Lagoon Park di Bukit Katil, Melaka. Lokasi seni 3D art Museum ini tidak jauh dari susur keluar Tol Ayer Keroh Melaka. Muzium ini merupakan  tempat menarik di Melaka dan wajib dikungjungi.

Menyediakan 55 imej 3D yang dipaparkan di bahagian dinding dan lantai muzium. Antaranya panorama air terjun, iceberg, sudut bangunan bersejarah Melaka, pemandangan dan imej lucu dijangka memberi kepuasan kepada pelbagai lapisan umur pengunjung.

Bergaya di hadapan kamera dan bergelak ketawa susulan melakukan pelbagai aksi menarik adalah aktiviti yang pasti menyeronokkan setiap pengunjung apabila berada di muzium seni tiga dimensi (3D), Magic Art Museum. Anda pasti akan teruja melihat lukisan 3D ini kerana sangat cantik dan kreatif.

Kalau muzium 3D Langkawi menggunakan kepakaran artis Korea, muzium Magic Art Melaka ini menggunakan kehebatan pelukis Thailand untuk menyiapkan lukisan dalam ruang 7,000 kaki persegi ini. Datang sendiri ke muzium ini untuk merasai pengalaman yang hebat. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

SYOK MELIHAT LUKISAN 3D DI MUZIUM MAGIC ART MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : G13, G15 & G16, Bayou Square, Jalan Wakaf Utama,, 75450 Bukit Katil, Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-231 1604
  • Waktu Operasi :  Weekdays : 10:00 a.m – 7:00 p.m , Weekend : 9:00 a.m – 7:00 p.m
  • Facebook : Magic Art 3D Museum
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Magic Art Melaka

Tempat Sesuai Bagi Kaki Bergambar

Ada 8 tema lukisan untuk anda beraksi — dari tema dalam aquarium dan kuil lama sehinggalah ke tema tempatan Melaka sendiri.

Kalau anda kaki selfie, muzium yang terletak di Bayou Lagoon mungkin patut anda jenguk. Akan tetapi jika tidak, harga tiketnya yang tinggi mungkin tidak berbaloi untuk dibayar.

Harga dan Kos Terlibat

  • Warganegara Dewasa : RM 22.00
  • Warganegara Kanak-kanak :  RM 18.00
  • Bukan Warganegara Dewasa : RM 28.00
  • Bukan Warganegara Kanak-kanak :  RM 22.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Muzium Magic Art Melaka

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Magic Art Melaka

Kids like fun, teenager enjoy creativity, adult love smiling faces and the old get amused when everyone interact together in a pose. believe or not, try it out! Melaka.

Best place to take 3D photos. Fadzli Apandi.

Seronok sangat. Semua gambar menarik. Tak rugi bayar masuk. Berbaloi. Noorsakinah Binti Sothir.

Berbaloi dengan apa yg dibayar, puas hati. Semua 3d effect menonjol. Tok Uban Zamri.

Sungguh seronok sekali, kalau sahabat datang ke melaka nanti jangan lupa singgah ke MAGIC ART 3D MUSEUM, kalau tak singgah rugi besar nanti. Muhamed Sharif.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada akubiomed.com, www.sinarharian.com.my dan www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Bawalah kelurga ke muzium ini kerana sangat menarik dan berbaloi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Magic Art Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Magic Art Melaka.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleGaleri Lebah Tempat Menarik di Melaka
Next articleMuzium Kesultanan Melayu Melaka Tempat Wajib Dikungjungi