

Assalamualaikum. Anda pernah lihat patung diperbuat daripada lilin? Di Pulau Pinang terdapat satu tarikan baru iaitu muzium lilin. Wow! Anda tidak perlu lagi ke luar negara kerana di Pulau Pinang juga terdapat muzium lilin. Muzium ini adalah tarikan terbaru dan merupakan tempat menarik di Pulau Pinang.
ini mempunyai lebih daripada 50 patung lilin terdiri daripada personaliti, individu dan tokoh terkenal dunia. Antaranya Pablo Picasso, Steve Jobs, presiden Barrack Obama, Jackie Chan, Mandela, Albert Einstein, Tunku Abdul Rahman, Queen Elizabeth dan ramai lagi.
Apabila masuk ke muzium ini sudah pasti aktiviti utama ialah bergambar. Anda pasti akan teruja dengan patung-patung orang terkenal. Walaupun muzium ini kecil tetapi admin pasti anda akan berpuas hati.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikkan yang terdapat di muzium ini. Sudah pasti ada akan teruja dan berpuas hati. Admin kongsikan Peta HaTempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! MUZIUM LILIN PENANG PASTI AKAN MEMBUAT ANDA TERUJA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Tingkat 3, M Mall O2O, Penang Times Square.
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m
- Facebook : Wax Museum
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Muzium Lilin
Aktiviti Sesuai
Sudah pasti aktiviti utama disini ialah bergambar dengan patung lilin. Anda juga dapat melihat keunikkan patung yang dibuat di sini. Pasti anda akan teruja.
Harga dan Kos Terlibat
- Dewasa – RM25 (rakyat Malaysia)
- Kanak-kanak – RM10 (rakyat Malaysia)
- Dewasa – RM35 (pelancong asing)
- Kanak-kanak – RM15 (pelancong asing)
- OKU – percuma
- Warga emas – RM15
Jom Saksikan Patung Lilin di Pulau Pinang
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.hasrulhassan.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Jangan lepaskan peluang untuk ceriakan hari anda di Muzium Lilin ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Lilin , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Lilin.