Muzium Kesultanan Melayu Melaka Tempat Wajib Dikungjungi

1493

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Assalamualaikum. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil daya usaha mencadangkan agar Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka didirikan dengan tujuan untuk membangun semangat dan kegemilangan empayar kota Melaka. Muzium ini telah menjadi salah sebuah tempat menarik yang wajib anda kungjungi apabila tiba Melaka.

Reka bentuknya mengenegahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Menariknya, muzium ini dibina dengan kayu cengal dan berlian dari Sarawak. Untuk memastikan ianya asli, ianya dibina tanpa menggunakan paku. Istana ini mempunyai tiga tingkat yang dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri.

Anda juga berpeluang menambah pengetahun berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Pelbagai model istana Melayu turut dipersembahkan di samping peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.

Anda sangat dicadangkan untuk melawat muzium ini apabila tiba di Melaka. Ianya sangat lengkap untuk anda mendalami sejarah kegemilangan negeri Melaka dengan lebih dekat. Admin pasti anda tidak akan menyesal. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! LAWATI MUZIUM KESULTANAN MELAYU MELAKA UNTUK MENDALAMI SEJARAH MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-282 6526 
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m (Isnin Tutup)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Menarik Di Muzium Ini

Pada tingkat pertama, diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat tiga pula sebagai tempat simpanan khazanah.

Selain itu, ketiga-tiga tingkat ini memuatkan bahan-bahan pameran seperti bilik Pancaragan Diraja, senjata api, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi dan dewan islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hnag Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata melayu, pakaian perkahwinan tradisional melayu, barangan kemas dan barangan Loyang.

Rekabentuk Asal Muzium Ini

Menurut sejarah Melayu, replika ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bilik artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu.

Namun bagi tujuan pembinaan replika ini, rekabentuknya telah diperkecilkan untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar replika istana ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Seni Bina Muzium

Istana ini mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang berukuran 75 meter dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekebentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Tarikan Lain

Berhadapan denagan pintu masuk muzium ini terdapat sebuah taman bunga dengan landskap yang cantik yang dikenali sebagai taman larangan. Taman larangan mengikut sejarah merupakan tempat bermain puteri-puteri raja.

Harga Tiket

  • Warganegara Dewasa : RM 3.00
  • Warganegara Kanak-kanak : RM 2.00
  • Bukan Warganegara Dewasa : RM 10.00
  • Bukan Warganegara Kanak-kanak : RM 2.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Nice place to know more about the history of Malacca and some stories about the past. Ang Jia Yi.

Good historical place. Outside is more beautiful. Nehal Hossain.

A beautiful palace and very informative museum. Matzaini Katon.Interesting, big and quiet museum on Malacca culture and history. It’s walkable from the river side. VT Ng.

Very nice. Effendy Tajuddin.

Places of historical entry of the nation in Malacca. Ammar Supriyono.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.perzim.gov.my, www.jomjalan.com.my dan shelookout.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata muzium ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan wajib dikungjunmgi bagi mendekati sejarah Melaka.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka.

Facebook Comments