Muzium Kastam Tempat Menarik di Melaka

Muzium-Kastam-Malaysia-di-MelakaAssalamualaikum. Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini merupakan muzium yang diwujudkan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat khususnya rakyat tempatan, pelajar, penyelidik dan pelancong akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).Muzium ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Melaka.

Pelbagai bahan sejarah dipamerkan seperti rentetan perkembangan operasi Jabatan Kastam daripada sebelum merdeka hingga kini dapat diterokai menerusi koleksi dan gambar-gambar Pejabat Kastam, Perumahan kakitangan yang dipamerkan. Semua koleksi yang diperagakan merupakan sebahagian daripada aktiviti dan tugas utama yang dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia selain daripada memungut hasil negara seperti koleksi barang-barang larangan yang dirampas semasa dibawa masuk atau keluar negara.

Peralatan yang pernah digunakan semasa operasi memungut cukai. Buku Panduan cukai dan lain-lain lagi. Pamerannya berkonsepkan edutainment dipersembahkan dalam bentuk grafik 3 Dimensi dan pameran interaktif yang menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jadi jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kastam boleh datang ke muzium ini. Anda pasti akan memperolehi pelbagai maklumat mengenai Kastam. Anda pasti teruja dengan pameran di dalam muzium ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

MUZIUM KASTAM TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-283 3924 
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 5.30 p.m (Sabtu dan Ahad : 9:00 a.m – 6.00 p.m)
  • Website : Muzium Kastam Malaysia
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Kastam Malaysia

Koleksi di Muzium Kastam

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempamerkan lebih daripada 200 koleksi bermula dengan Gencana asal sebagai gelaran “DIRAJA” kepada Jabatan Kastam Dan Eksais Malaysia yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-3 dipertontonkan kepada orang ramai kerana pada tarikh 29.10.1963 bermulalah Jabatan Kastam diberi gelaran sebagai Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja. Pakaian seragam Pegawai Kastam di bawah pemerintahan British dipamerkan bersama pakaian seragam selepas merdeka serta pakaian yang pernah dipakai pada tahun 1980-an hingga tahun 2002 beserta dengan aksesori kelengkapan pakaian seragam.

Buku panduan cukai seperti Trade Classification and Customs Tariff 1978, Customs ordinance 1952 Federation of Malaya Government Gazette 1952, buku rekod gaji kakitangan Kastam Melaka tahun 1940-an, buku lawatan Pegawai Kanan Kastam 1960-an, kad kuasa daripada tahun 1920-an hingga 1960-an. Alat kelengkapan pejabat Kastam seperti mesin taip, mesin kira, alat penibang dan lain-lain lagi yang masih lagi dalam keadaan sempurna.

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga mempamerkan koleksi hasil rampasan daripada seluruh negeri di Malaysia kini berpusat di Muzium. Barang-barang larangan seperti senjata api tiruan yang menyerupai senjata api sebenar, mercun, senjata tajam seperti pedang, pisau lipat, keris dan kain-kain bercetakkan ayat-ayat Al-Quran, peralatan menyadap todi serta banyak lagi yang pasti menarik perhatian pengunjung.

Jabatan Kastam juga diamanahkan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Koleksi peralatan menghisap candu seperti paip, dapur, candu masak dan lain-lain serta teknik penyeludupan tahun 1960-an juga diperagakan.

Koleksi gambar-gambar kakitangan kastam termasuk dari Sabah dan Sarawak, Tanjung Pagar Singapura semasa pemerintahan Inggeris dan gambar mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia turut dipamerkan. Secara langsung Muzium JKDM ini memainkan peranan untuk memberi pendidikan, informasi dan juga nostalgia kepada semua pengunjung.

Harga Tiket

Masuk adalah PERCUMA.

Jom Saksikan Koleksi Pameran di Muzium Kastam Melaka

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Kastam Melaka

People overlooked this museum. Maybe they didnt offer much on history lessons as other museum but it still worth it to come here. You know more about customs department and how they do their work. Miss Fadillah.

Hidden place to have a short history about the Malaysian customs department. It is free, not crowded, and you get to see some of the confiscated items plus tools used in days long gone. James Woo.

I like being surprised by something unexpected. This time it was by two things. One – the museum is for free. And the other surprise was the collection. In the museum we can find a variety of smuggled goods, sometimes those are really interesting. And the “means” how those were smuggled. Modified vehicles, secret compartments. It is worth visiting. Szymon Myalski.

Small museum showing the history of Melaccas custom authorities. Interesting collection of confiscated items! Free entry and open 9:30 am to 5:30 pm. John Sharenot.
banyak barang bersejarah tentang kastam di sini. Gambar anggota kastam pada zaman dulu pun banyak di pamerkan. Anuar Talib.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada gotomelaka.blogspot.my dan www.caridestinasi.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang penting. Muzium ini sangat menarikm untuk dilawati kerana terdapat banyak barang antik dan esotik yang tidak dapat di muzium lain.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Kastam Melaka, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Kastam Melaka.