Muzium Kapal Selam Tempat Menarik di Melaka

Muzium-Kapal-Selam-di-Melaka

Assalamualaikum.Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang Melaka ini merupakan muzium kapal selam pertama di Malaysia. Kapal selam ini bernama SMD Ouessant Agosta 70 ini adalah buatan Perancis yang dahulunya dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kapal selam ini merupakan tempat latihan krew pertama kapal selam di negara ini yang kali terakhir digunakan sewaktu belayar di lautan Atlantik pada tahun 2009. Muzium ini telah menjadi salah satu tempat menarik di Melaka.

Kapal Selam ini dibina pada tahun 1979 dengan seberat 1200 tan ini telah dibawa ke Malaysia untuk dijadikan muzium. Dengan perbelanjaan sebanyak RM 12.6 Juta, kapal selam ini adalah sebagai simbol kemajuan negara didalam bidang pertahanan maritim. Sebelum dijadikan muzium, kapal selam ini diangkut menggunakan kapal kargo dan dibawa ke Pantai Klebang dengan sebuah trailer 480 tayar sebelum ke Dataran 1 Malaysia.

Pada permulaan pembukaan muzium kapal selam ini, pengunjung hanya dibenarkan melihat kapal selam ini dari luar sahaja tetapi kini telah debuka kepada orang ramai untuk kebahagian dalam. Pengunjung juga boleh melihat tempat simpanan peluru, ruangan kawalan kapal, dapur dan juga tempat tidur.

Apabila anda melihat kapa selam ini pelbagai perkara akan bermain di fikiran tentang teknologi dan keupayaan sebuah kenderaan yang sebigini besar boleh menyelah ke dasar lautan sehingga 300 meter dalamnya. Hal ini pasti membuatkan mereka yang tiada pengalaman masuk ke dalam kapal selam akan teruja terutama kanak-kanak. Jadi admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini bagi memudahkan anda untuk merancang percutian di sini.

WOW! MUZIUM KAPAL SELAM PERTAMA DI MALAYSIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka.
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m (Isnin – Khamis), 9:00 a.m – 6:30 p.m (Jumaat – Ahad)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Kapal Selam

Melihat Kapal Selam Di Dalam dan Diluar

Anda pasti akan teruja melihat kapal selam ini. Pelbagai maklumat tentang kapal selam ini akan anda perolehi disini. Sudah pasti hanya disini sahaja anda dapat melihat rekabentuk luaran dan dalaman kapal selam. Jadi bawalah keluarga anda untuk mengalaminya pengalaman ini sendiri.

Bermalam di dalam Kapal

Apabila datang di Muzium Kapal Selam ini, pengunjung bukan sahaja boleh melawat, tetapi pengunjung juga boleh bermalam di muzium kapal selam tersebut kerana pihak muzium melaka juga mempunyai pakej tersebut.

Jumlah minima untuk bermalam didalam kapal selam tersebut ialah 25 orang dan harga untuk setiap sorang ialah RM150.Pengunjung boleh membuat tempahah dengan menelefon pihak Perbadanan Muzium Melaka.

Harga Tiket

Untuk memasuki didalam Muzium Kapal Selam ini dikenakan bayaran. Pengunjung dikehendaki membeli tiket dahulu sebelum masuk. Harga tiket tidaklah terlalu mahal.Harga tiket tersebut ialah :
Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Kapal Selam

muzeum kapal selam

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Kapal Selam

Being able to walk inside the submarine is amazing. I felt like I was really there. Beware, it feels haunted! This was really a gem of an attraction and I remember it being extreemly cheap to visit. Only downside is there isn’t a guided tour, you just have to walk yourself around. Mat Jones.

Great place. You get to see the submarine inside and out. A unique experience specially if you have young kids. Highly recommended. Ahmed Khan.

It’s good for our knowledge and we know how difficult to stay on the submarine for a months. Afif Danish.

Ever wish to enter a submarine? Your wish will come true here. It’s cheap and free for children. Very nice experience! Chew Ch.

A nice place to go with a few military hardware on static display. Rashid Razak.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah,terima kasih diucapkan kepada www.jomjalan.com.my, www.caridestinasi.com, sini.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Kapal Selam, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Kapal Selam.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePantai Klebang Tempat Menarik di Melaka
Next articleRumah Terbalik Tempat Tumpuan Pelancong di Melaka
muzium-kapal-selam-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!