Muzium Hantu Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang

Muzium Hantu Pulau Pinang

Assalamualaikum. Jika anda berminat dengan perkara-perkara seram seperti hantu bolehlah datang ke sebuah muzium di Pulau Pinang. Muzium ini dinamakan muzium hantu yang merupakan tempat menarik di Pulau Pinang yang wajib dikungjungi apabila sampai di negeri ini. Muzium ini terletak di Lebuh Melayu, Georgetown.

Ini adalah muzium hantu yang pertama di Malaysia yang menyediakan 13 set yang berbeza dengan 20 jenis anak patung hantu dari pelbagai negeri dan negara. Anda pasti akan teruja untuk melihat pelbagai jenis hantu yang wujud di muka bumi ini.

Bilik yang gelap akan menambahkan lagi perasaan seram berada di dalam muzium ini. Anda dibenarkan bergambar dan abadikan kenangan bersama-sama patung hantu yang telah disediakan. Anda juga diberi pilihan samada mahu mengembara ke dunia hantu sendiri atau menggunakan khidmat mereka untuk menerangkan jenis-jenis hantu yang ada.

Jika anda seorang yang berani dan sukakan perkara-perkara yang seram bolehlah datang ke muzium ini. Pasti anda akan berpuas hati dan tidak akan menyesal. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!

WOW! ALAMI SENDIRI RASA TAKUT DAN SERAM DI MUZIUM HANTU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-312 3123
  • Waktu Operasi :  10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Facebook : Ghost Muzium
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Hantu

Aktiviti Sesuai

Anda dapat melihat pelbagai jenis hantu daripada pelbagai negeri dan negara. Bukan hantu yang sebenar tetapi hanya patung dan gambar. Anda boleh bergambar bersama-sama patung hantu yang pasti akan memberikan satu pengalaman yang seram. Jika anda meminati perkara seram sangat sesuai untuk melawati muzium ini.

Harga Tiket

Jom Saksikan Suasana Seram di Muzium Hantu

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Hantu

Not for the faint of heart! Well, as what the name implies, it’s a museum, not a ghost house where fake ghosts chase you around. Here, you can see many varieties of ghost from around the world. Quite spooky, but not enough to send chill down my spine. Others mileage may vary though. Darfian Ruswifaqa.

Loving this place so much! The favorite part was the MALAY’S GHOSTS! EERIE!!! and of course we had our friendly guide to go in and very helpful! Good job! Had so much fun! Marylyn Michael.

One of the good museum in Penang. They have few ghost from few countries, Malay being one of them and the scariest. Really appreciate the small things that they do to make it scarier. Please take note that this is a museum not a haunted house. mawa rahidin.

Fun place to visit, i like those costumes to let us dress and take photos. Cheston Chin.

It’s a Scarry but nice experience. Dr. Swati Chakraborty.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada laman facebook muzium ini dan sini.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Hantu , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Hantu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleNasi Padang Minang Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang
Next articleRestoran ZZ Sup Tulang Tempat Makan Menarik di Johor Baharu
muzium-hantu-tarikan-terbaru-di-pulau-pinangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!