Muzium Baba Dan Nyonya Tempat Menarik di Melaka

Muzium Baba Dan Nyonya

Assalamualaikum. Muzium Warisan Baba Nyonya adalah sebuah muzium swasta di kawasan Chinatown Melaka. Ia terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Baba-Nyonya Heritage Museum sebenarnya adalah satu barisan rumah-rumah kediaman yang dibina oleh Belanda yang kemudian dibeli oleh Peranakan kaya (keturunan pendatang Cina yang berkahwin dengan dengan orang Melayu tempatan selepas tiba di Melaka). Muzium ini merupakan tempat menarik di Melaka.

Baba dan Nyonya atau peranakan adalah keturunan Cina yang telah menerima budaya Melayu. Mereka mengamalkan kedua-dua adat Cina dan Melayu. Mereka terkenal kerana perabot mereka yang unik, gaya pakaian, dan makanan, adat perkahwinan dan masakan Cina serta Melayu.

Disini menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat tentang budaya dan sejarah negeri Melaka terutamanya masyarakat baba dan nyonya. Bagi anda yang tidak pernah mengenali sejarah masyarakat Baba dan Nyonya pasti akan teruja.

Jadi datanglah ke muzium ini untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi masyarakat Baba dan Nyonya. Tempat ini sesuai untuk seisi kelarga bagi menambah pengetahuan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

Muzium Baba Dan Nyonya Tinggalan Sejarah di Melaka

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-282 1273 
  • Waktu Operasi :  10:00 a.m – 6:00 p.m (1:00 p.m -2:00 p.m waktu rehat)
  • Website : babanyonyamuseum.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Muzium Baba Dan Nyonya

Reka Bentuk Muzium

Muzium ini merupakan rumah kedai Cina yang klasik pada abad kesembilan belas, dibaikpulih kepada keadaan seperti pada akhir abad keduapuluh atau kesembilan belas. Seperti kebanyakan bangunan-bangunan lama yang sempit, rumah-rumah kedai Baba Nyonya dibahagikan kepada dua laman dalaman yang memberikan peredaran cahaya dan udara. Di sebuah rumah kedai Cina tradisional, perniagaan akan berlaku di separuh depan tingkat bawah, manakala separuh belakang dan semua tingkat atas ialah ruangan persendirian. Muzium Warisan ini adalah dimiliki oleh keluarga Chan. Pada masa itu, mereka ialah orang-orang terkaya di Melaka.

Rumah Peranakan yang dibina pada tahun 1896 ini telah bertukar menjadi sebuah muzium tradisional Peranakan kemudian. Bilik-bilik dalam muzium dihubungkan oleh kaki lima biasa,dihiasi dengan jubin yang dilukis dengan tangan dan penuh dengan ukiran kayu jati di pintu dan diiringi pintu dalaman yang menyediakan keselamatan tambahan. Muzium ini dikelilingi oleh tiang-tiang Greco-Roman, dua bekas lampu merah, satu ‘bearing’ dengan nama keluarga dan satu lagi dengan mesej bertuah,satu diletakkan di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan pintu masuk.

Paras atas rumah mempunyai kanopi yang singkat dengan jubin Cina di atas serambi anjung yang bingkai tingkap. Kaca tingkap jerejak besi dan cucur atap mempunyai ciri timur- barat, dihias dengan pelbagai reka bentuk dan dicat dengan corak flora. Di dalam muzium terdapat koleksi-daun emas lekapan, perabot kayu hitam yang mempunyai reka bentuk Cina dan Belanda dan bertatahkan mutiara serta skrin lakuer yang halus hasil tangannya serta candelier Victoria

Tiap-tiap bilik, perabot (neo-klasik Eropah) dan perabot lain (candelier era Victoria dan jubin lantai) adalah betul-betul dalam keadaan seperti pada masa pemilik asal meninggalkan rumah ini.Satu lagi barangan yang menarik ialah pelbagai pakaian baba nyoya yang dipamerkan dan barangan lain yang pernah digunakan dalam gaya hidup Peranakan.Ia merupakan wacana untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang kehidupan golongan tersebut pada zaman lampau itu.

Apa Yang Terdapat Di Dalam Muzium Ini

Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot antik dan ukiran. Pengaruh Barat dengan jelas dapat dilihat dalam beberapa perabot antik dengan pengaruh Itali, pengaruh British dan Belanda. Pengaruh barat tidak berakhir di sini kerana terdapat banyak lagi barangan di muzium,seperti lampu era Victoria dan jubin lantai, kesemuanya mempunyai nilai warisan.

Harga Tiket

Harga tiket masuk ialah RM 16.00.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Muzium Baba dan Nyonya

Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Baba dan Nyonya

Take the guided tour if not you will miss out on the interesting details like how the occupants have a peephole on the second floor to see who are the visitors on the first floor! sonder island.

The tour was a really good choice when you visit the museum. But, you have to pay attention to the group tour schedule here. The tour guides are very friendly and will give you very informative information in the interesting way. A recommend place to go when you were in Malacca. Afrizal Meydiantoro.

Wish the old tour guide would anime more. She doesn’t even smile when telling funny stories. Pepper Lim.

Great place to learn about chinese-malayan (keturunan/peranakan) cultures & traditions. You can see the beauty of two traditions inculturation here. You will feel a rich old tradition ambience at the first step you enter this place. You can’t take photos inside the museum but you can buy some souvenirs at the gift shop. Michael Alfred Wilson.

A nice and informative place to lean more on Baba and Nonya culture. Jerry Lim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, shelookout.blogspot.my, www.malacca.ws dan asemus.museum kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Baba dan Nyonya , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Baba dan Nyonya.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMenara Taming Sari Mercu Tanda Negeri Melaka
Next articleTaman Buaya Tempat Menarik di Melaka
muzium-baba-dan-nyonya-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!