

Assalamualaikum. Negeri Sembilan ini sememangnya banyak cerita dari segi adat. Sehubungan dengan itu, diwujudkan Muzium Adat yang merupakan muzium pertama di negara kita bagi menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia. Muzium Adat di bawah Jabatan Muzium Malaysia ini terletak di Kuala Klawang, Jelebu dan merupakan tempat menarik di Jelebu, Negeri Sebilan.
Tumpuan diberikan kepada pengenalan dan konsep adat di Malaysia. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung menerusi replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia.
Selain dari itu, disini juga, mempamerkan adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga menifestasi adat menerusi peralatan muzik.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Muzium Adat dan terokai adat di Malaysia. Anda pasti akan teruja dan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai adat-adat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME! TEROKAI ADAT-ADAT MALAYSIA DI MUZIUM ADAT JELEBU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 pm
- Website : Muzium Adat Jelebu
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Muzium Adat
Pameran Yang Ada Di Muzium Adat
Muzium ini terletak dalam bangunan empat tingkat di mana ia mempunyai empat buah galeri pameran iaitu galeri aras bawah, galeri aras satu, galeri aras dua dan galeri aras tiga manakala aras empat adalah pejabat.
Galeri aras bawah memberi tumpuan kepada pengenalan adat di Malaysia, manakala galeri aras satu memaparkan kitaran hidup iaitu mengenai adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran kehidupan manusia termasuklah kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual.
Galeri aras dua pula ialah galeri tradisi intelektual, kerajaan dan kuasa di mana ia mempamerkan artifak seperti manuskrip Sejarah Melayu, Batu Bersurat Terengganu, cerita-cerita rakyat serta institusi pemerintahan.
Di galeri aras tiga, pengunjung berpeluang mendalami keunikan adat orang Negeri Sembilan menerusi galeri Adat Perpatih. Adat Perpatih atau undang-undang berkaitan perkahwinan adalah unik di Negeri Sembilan di mana kaum hawa boleh membuat keputusan berhubung pewarisan ke atas harta benda dan hal-hal berhubung kekeluargaan.
Muzium Adat memperagakan sebanyak 258 buah koleksi yang terdiri daripada artifak kebudayaan yang dikategori mengikut fungsi seperti kegunaan harian, kegunaan pertanian, upacara ritual, adat kelahiran, perkahwinan, adat berkhatan, adat cukur jambul, adat kematian dan muzik tradisional. Upacara pelantikan pemimpin, alatan pemerintahan dan koleksi adalah juga unik berasaskan identiti sesuatu kaum.
Pusat Sumber
Muzium ini juga memiliki pusat sumber yang antara lain mengandungi koleksi buku mengenai adat pelbagai etnik di Malaysia. Antara koleksi unggul yang dipamerkan di galeri Muzium Adat ini ialah replika Batu Bertikam dan Batu Baling.
Tiket Masuk
Masuk dalah Percuma
Penginapan Yang Ada
1. Hotel Sri Klawang (Tel : +606-613 8576)
2. Jeram Gading Resort (Majlis Daerah Jelebu : 06-6136479)
3. Homestay Klawang (Pn. Siti Hawa : 012-3364301 / 06-6136690)
4. Titi Eco Farm Resort (www.titieco.com.my)
Tempat Menarik Berhampiran
1. Jeram Toi
2. Gunung Besar Hantu
3. Lata Kijang
4. Jeram Gading
5. Homestay Klawang
6. Masjid Kampung Dulang
7. Makam Moyang Salleh
8. Titi Eco Farm Resort (www.titieco.com.my)
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Muzium Adat Jelebu
Melawat Muzium Adat Di Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan
KM rasa kalau anda ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah, adat, muzik dan kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan, Muzium Adat adalah tempat yang pertama anda harus lawati. Boleh dikatakan di Muzium Adat ini memaparkan kebanyakkan adat-adat yang ada di Malaysia ini. Bukan adat dari kaum melayu sahaja. Adat kaum lain juga ada dipamerkan. Kamal Mustafa
Jom Lihat Review Pengunjung di Muzium Adat Jelebu
This museum is a place for you to know Malaysian cumtoms and culture from all over Malaysia including Negeri Sembilan. Zuraida Omar.
One of the best culture museum to know malaysia caltural. Sim E MK.
Good place to learn the custom of minangkabau. aliff ash.
A place where to seeking for a great history. Muhammad Syazwan.
Complete information on Negeri Sembilan history. Open all year round except on hari raya aidilfitri and hari raya aidiladha. Norhanizan Sahidin.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.jmm.gov.my, ww1.utusan.com.my, denai.my dan www.aculnetwork.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Kenali adat-adat di Malaysia dengan melwati Muzium Adat.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Muzium Adat Jelebu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Muzium Adat Jelebu.