Mira Cake House Tempat Mencari Kek Lapis Sarawak Terkenal

Mira Cake House Tempat Mencari Kek Lapis Sarawak Terkenal

Assalamualaikum. Apabila sampai di Sarawak anda pasti akan mencari kek lapis. Kek Lapis dengan Negeri Sarawak memang sudah sinonim. Terdapat banyak tempat yang menjual kek lapis di Sarawak. Awas! anda perlu pandai memilih kedai yang benar-benar menawarkan kek lapis yang sedap dan murah. Admin inhin kongsikan sebuah kedai yang sangat terkenal di Kuching, Sarawak iaitu Mira Cake House.

Kek Lapis yang dijual disini terlalu banyak variasi dan murah berbanding di Semenanjung mahupun di sekitar kawasan ini. Anda boleh memilih pelbagai jenis kek lapis yang berkenan di hati untuk di bawa pulang.

Terdapat satu kek lapis yang berlain sikit iaitu swiss roll. Kek lapis swiss roll berbentuk segi empat dan mempunyai pelbagai jenis corak dan warna. Rasanya pun sedap seperti kek lapis yang lain cuma berbeza dari segi bentuk. Kek ini menjadi pilihan orang ramai.

Sebelum membeli anda akan dihidangkan dengan potongan-potongan kecil kek lapis untuk dirasa. Ini memudahkan pelanggan untuk membeli kek lapis yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! KEK LAPIS PELBAGAI JENIS DI MIRA CAKE HOUSE SARAWAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 43, Jalan Brooke, Kampung Gersik, 93050 Kuching, Sarawak.
  • Nombor Telefon : 082-440 077
  • Waktu Operasi :  8:00 a.m – 12:00 a.m
  • Facebook : Mira Cake House Kuching
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Mira Cake House

Jenis Kek Lapis

Terdapat banyak jenis kek lapis di kedai ini. Apabila anda bertandang di sini anda akan teruja melihat nama-nama kek lapis sebagai contoh kek lapis awan nano. Banyak lagi jenis kek lapis yang ada seperti masam manis, blueberry cheese, chocolate cheese dan banyak lagi.

Mira Cake House juga menjual kerepek-kerepek dan juga biskut-biskut buatan tradisional.

Harga Kek

Harga kek disini sangat murah iaitu dari RM 10.00 hingga RM 30.00 sahaja.

Aktiviti Lain

Di sini ada menyediakan ruangan memproses kek lapis yang baru sampai dari kilang. Pekerja-pekerja Mira Cake House memotong Kek Lapis kepada beberapa bahagian yang kemudiannya dimasukkan kedalam bekas untuk dijual.

Jom Saksikan Warna Warni Kek Lapis Di Mira Cake House Kuching

Jom Lihat Review Pengunjung di Mira Cake House

This shop open until 12.00am, so you can get your kek lapis Sarawak here if you have a morning @first flight on next day. More than 30 types of kek lapis Sarawak and the latest that you only can get in Sarawak is Kek Lapis Cheese Sarawak.All kek lapis price is RM10.00.compare to other brand, their cake is more moist and soft.If you dan’t have any idea to choose, you can ask their friendly staff.Surely they will recommend the best & top sellling kek lapis for you to bring back. They also have a wrapping service if you buy more kek lapis. So delicious. Azmi Hamsani.

Responsive and friendly staff. Fresh layer cakes. Suresh Naidu.

Various colorful cake Lapis khas. Greentea with Oreo is recommended. Tri Aspriyanto

Better place to find Sarawak Layer Cake. Sarb Abdul.

Colourful kueh lapis to bring back your home for friends and family. seems to have lowsugar option. Kris Yew.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada era.je/interaktif dan shahtraveldiary.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik mengenai Mira Cake House. Perkongsian ini sangat membantu mereka yang sedang mencari kek lapis di Sarawak.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mira Cake House , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mira Cake House.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleTop Spot Food Court Tempat Makan Sedap di Kuching Sarawak
Next articleMee Kolok Pak Amit Tempat Makan Sedap di Sarawak
mira-cake-house-tempat-mencari-kek-lapis-sarawak-terkenalSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!