Mid Valley Megamall Pusat Membeli Belah Terbaik di Kuala Lumpur

Mid Valley Megamall

Assalamualaikum. Mid Valley Megamall merupakan pusat membeli belah yang mempunyai pelbagai tarikan dan bukan hanya sekadar tempat membeli belah. Disini merupakan syurga fashion, tempat makan dan tempat hiburan keluarga dan kanak-kanak yang berada di bawah satu bumbung. Mid Valley Megamall merupakan salah sebuah pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang ramai dan merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur. Pusat membeli belah ini pernah mendapat Anugerah Pusat Membeli Belah Terbaik oleh Pelancongan Malaysia pada tahun 2000.

Pusat membeli belah ini menjanjikan pengalaman membeli belah yang luar biasa dimana pelbagai jenis kedai iaitu kedai inovasi fashion, perabut rumah, kelengkapan rumah, kosmetik dan keperluan penjagaan kesihatan dan hiburan. Terdapat lebih daripada 400 buah kedai yang boleh anda kungjungi untuk cuci mata dan membeli belah. Di dalam pusat membeli belah ini terdapat pasaraya Metrojaya, Carrefour dan JUSCO.

Terdapat juga kedai jenama antarabangsa seperti Superdry, Bershka, Forever 21, Guess, H.E. Oleh Mango, Kipling, Miss Selfridge, Swarovski, Timberland, Topshop / Topman, Uniqlo dan Zara di dalam pusat membeli belah ini. Jadi, anda tidak perlu untuk ke pusat membeli belah lain kerana semua kedai popular berada di dalam Mid Valley Megamall. Terdapat juga kemudahan seperti Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), lengkap dengan atrium dan 3 dewan.

Penat berjalan disini anda boleh rehat dan menikmati makanan kerana terdapat banyak kedai makan disini yang pasti akan membuka selera anda. Anda juga boleh bersantai dengan melihat wayang di Golden Screen Cinema (GSC). Di sini juga mempunyai Holiday Planet yang merupakan pusat hiburan keluarga yang mempunyai permainan komputer dan juga karaoke. Jadi, datanglah ke pusat membeli belah ini untuk dijadikan sebagai aktiviti santai bersama keluarga atau rakan-rakan dihujung minggu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga Bermanfaat!

CERIAKAN HARI ANDA DI MID VALLEY MEGAMALL KUALA LUMPUR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : The Gardens South Tower, 75, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2938 3333 
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m- 10:00 p.m 
  • Facebook : Mid Valley Mega Mall
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Mid Valley Mega Mall

Pusat Membeli Belah

Disini terdapat 430 buah kedai yang boleh anda kungjungi untuk membeli belah seperti kedai inovasi fashion, perabut rumah, kelengkapan rumah, kosmetik dan keperluan penjagaan kesihatan. Kedai berjenama tempatan dan juga luar negara terdapat dalam pusat membeli belah ini. Pengalaman membeli belah yang pasti menyeronokkan akan anda perolehi disini.

Terdapat juga pasaraya AEONBIG yang menyediakan pelbagai jenis barang kering dan juga barang basah yang menjanjikan harga yang berpatutan. Sangat sesuai kepada keluarga yang inigin mencari barang memasak dan kelengkapan rumah.

Pasaraya Metrojaya, Carrefour dan JUSCO juga terdapat di dalam pusat membeli belah ini. Pelbagai jenis barang seperti pakaian, kelengkapan rumah, kelengkapan dapur dan kelengkapan diri ada dijual di dalam pasaraya ini.

Santai dan Berhibur Bersama Keluarga

  • Anda boleh menonton wayang di GSC sebagai aktiviti santai setelah penat membeli belah.
  • Holiday Planet merupakan pusat hiburan keluarga yang mempunyai pelbagai permainan video dan pusat karaoke.
  • Anda juga boleh beriadah bermain bowling di dalam pusat membeli belah ini.

Mesra Pelanggan

  • Perkhidmatan percuma dari dan ke Stesen LRT Bangsar
  • Mempunyai kemudahan kereta sorong bayi
  • Dapatkan Skuter bateri sekiranya anda penat ingin berjalan
  • Kerusi roda disediakan kepada yang memerlukan
  • Perkhidmatan membungkus hadiah disediakan
  • Boleh tinggalkan payung di kaunter yang disediakan

Perkhidmatan Lain

  • Pejabat Pos
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Klinik
  • Klinik Gigi
  • Dobi
  • Car Wash
  • Atm

 Hotel Berdekatan

  • Cititel Mid Valley Hotel
  • The Boulevard – St. Giles Premier Hotel
  • The Gardens Hotel and Residences

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Mid Valley Megamall

Good ambience, has a KTM nearby. Can get very crowded on weekends. Has many restaurants that serve good food. Overall a very lively place. Recommended for youngsters or young adults who just wanna spend time relaxing. Asha Kamilia.

This is the best place to shopping in Kuala Lumpur.  The place is strategic and you can come in any direction in Klang Valley. Almost all branded store are available and in the same level. Example, if you looking for clothing, there are many brand you can choose from the same level in this shopping mall. It’s well placed. its my favorite place to shopping. Danny Ng.

Worth a visit! Giant size shopping centre with 3 supermarkets. Divided into 2 category high end The Gardens mall and normal The Megamall. It’s a food paradise. With cinema, bowling, an arcade center and a huge convention centre in the heart of the mall. A very cool minizoo where u can own a healthy pet. The place also called Midvalley City where you can get hotels in the same place and service apartment at the north point and office lot too. Keith Pung.

One of many spend-all-day malls in Malaysia! Huge number of popular chains and shopping options available here. Very easy to get lost within the mall. shyam sunder.

Good place to shop n choice of food is fantastic . Also has 2 supermarkets. Good location and ample parking. Hotels are not that expensive. Probably 2 days to cover the mall. Richard Samuel.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.kuala-lumpur.ws dan laman web Mid Valley Megamall sendiri kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat berguna kepada admin untuk membuat ulasan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mid Valley Megamall, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mid Valley Megamall.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleBerjaya Times Square Syurga Membeli Belah di Kuala Lumpur
Next articleKonsep Kedai Buku Negara Jepun di Kinokuniya Malaysia
mid-valley-megamall-pusat-membeli-belah-di-kuala-lumpurSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!