Mesra Mall Kerteh Tempat Menarik di Terengganu

3

Mesra Mall KemamanAssalamualaikum. Mesra Mall merupakan pusat membeli belah yang terdapat di Terengganu. Pusat membeli belah ini terletak di Kemasik dan merupakan pusat membeli belah yang moden. Mesra Mall merupakan tempat menarik di Terengganu yang wajib dikungungi kerana pelbagai kedai, hiburan dan kemudahan yang terdapat di sini.

Mesra Mall merupakan pusat membeli belah yang pertama mempunyai panggung wayang di Terengganu. Ramai yang akan mengunjungi pusat membeli belah ini apabila terdapat cerita baru yang keluar di panggung. Selain itu, disini juga terdapat pusat boling. Gelanggang Skuasy dan gelanggang futsal juga terdapat di dalam pusat membeli belah ini.

Ia berfungsi sama seperti mall di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman.

Berkungjunglah ke Mesra Mall sekiranya datang ke Terengganu. Pelbagai aktiviti anda boleh lakkan di dalam sebuah pusat membeli belah ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! MESRA MALL PUSAT MEMBELI BELAH MODEN DI TERENGGANU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Mesra Mall, Lot 6490, Jalan Kemaman-Dungun, Daerah Kemaman, 24200 Kemasik, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-864 9000
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 10:00 p.m 
  • Website : MesraMall.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Mesra Mall

Aktiviti Sesuai

Apabila sampai di Mesra Mall anda boleh membeli belah pelbagai barang kelengkapan diri dan fesyen. Anda juga boleh membeli belah kelengkapan rumah dan pelbagai barang di Pasaraya TMC di dalam Pusat Membeli Belah ini.

Hiburan Keluarga

  1. Panggung Wayang
  2. Pusat Karaoke Keluarga
  3. Pusat Permainan Keluarga

Sukan

  1. Gelanggang Futsal
  2. Gelanggang Skuasy
  3. Pusat Bowling

Tempat Makan

Terdapat medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini. Pelbagai jenis makanan terdapat disini. Restoran fast food juga banyak terdapat di dalam mall ini. Anda boleh membuat pilihan mengikut citarasa anda.

Kemudahan Lain

Disini juga terdapat sebuah dewan serbaguna 20,000 kaki persegi yang terbesar dengan jejari 50 meter, pusat konvesyen dan sesuai untuk menjadi tuan rumah pameran, jamuan katering untuk 800 tetamu, dan acara pemasaran. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Mesra Mall

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Mesra Mall

Nice mall. Good food selection at the food court. Love the sports arena…you can get a good bowling game in for a cheap price. Wendy K.

The only mall to serve the Petronas community here. The food court serves a variety of food from mamak to hot plate noodle. Taste rather average. Clean with ample of car park. sulik suleiman mdsalleh.

A good place to go for window shopping. They have variety of foods especially at the food court. Abdul Faiz Arshad Abdullah.

The small town n the only one Shopping Centre and you can find whatever you want…inside Meara mall you allso can see cinema, bowling, badminton court, karaoke and all for child game. Vivo Y66.

Well equipped with clothing stores, cinema, sport centers, book store, food franchises and more. Free parkings. Hendra Reza.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada gowhere.my, dtajuzzhomestay.blogspot.my dan ms.wikipedia.org/wiki/Mesra_Mall kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mesra Mall, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mesra Mall.

Facebook Comments