Merang Suria Resort Satu Destinasi Percutian Terbaik di Terengganu

Merang Suria Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat laman Tempat Menarik. Jom baca Review bagi Merang Suria Resort yang terletak di Setiu Terengganu yang mana Resort ini adalah salah satu tempat menarik di Terengganu.  

Resort ini terletak di pesisiran pantai dan di kawasan Taman Barisan Marin Setiu Wetland yang indah mata memandang. Merang Suria Resort mempunyai pemandangan tepian pantai dan pasir keemasan, biruan air laut dan hijauan alam flora dan fauna. Resort yang terletak di Tanjung Rhu Tapai ini dikelilingi oleh tanaman hijau tropika, hutan paya bakau, hutan pantai dan teluk yang indah, desa–desa pantai yang mempesonakan serta pohon-pohon palma yang melambai.

Di Merang Suria Resort, rekaan kontemporari bersama sama suntikan seni dalaman dari Bali menyerlahkan keharmonian suasana alam semulajadi lalu menjadikan resort ini selalu dikunjungi dan diidami para pelancong asing dan juga tempatan. Resort ini juga mengamalkan konsep bersih, moden, selesa dan berbaloi dengan wang anda. Selain itu, resort ini menjadi tumpuan pelancong terutama umat-Islam kerana bebas daripada penjualan minuman keras, hiburan yang melampau selain hotel halal dan menepati kehendak syariah.

Resort ini merupakan resort yang bertaraf 3 bintang dimana tawaran tidak sahaja setakat 70 bilik yang berkemudahan lengkap namun di bina dengan gabungan elemen semula jadi dan moden.

MERANG SURIA RESORT ADALAH SEAVIEW RESORT CANTIK DAN MURAH DI SETIU, TERENGGANU

  • Alamat : Lot 1841, Kampung Rhu Tapai, Merang, 21010 Setiu, Terengganu
  • Nombor Telefon : +609 653 1600
  • Facebook : Merang Suria Resort
  • Instagram : merangsuriaresort_terengganu
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Merang Suria Resort?

Terdapat dua jenis bilik di Merang Suria Resort iaitu Superior Seafront dan Superior Terrace Seafront. Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang selesa termasuk penghawa dingin, televisyen, peti sejuk mini, dan kemudahan menyediakan kopi dan teh.
Kami turut menyediakan pakej mesyuarat untuk sektor Korporat, Kerajaan, Pakej Hari Keluarga, Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dengan tawaran harga yang berpatutan.

Lengkap bersama projektor, tv, rakaman video dan lain lain kemudahan, bilik mesuarat di resort ini pastinya memenuhi keperluan pengguna pengguna bilik tersebut. Bilik seminar pula terdapat sebanyak 6 bilik dan boleh memuatkan peserta seramai 40 – 350 orang.

Tempat menarik di sekitar Merang Suria Resort yang boleh dikunjungi adalah seperti Kampung Nelayan Setiu, Tasik Kenyir, Air Terjun Chemerong, Pasar Payang, Pulau Redang, Masjid Kristal, Pantai Penarik dan Istana Maziah.

Aktiviti santai dan berseronok yang disediakan di resort ini sendiri adalah mengembara di hutan atau berjalan pada waktu malam di Restoran Bunga Padi yang menghidangkan pilihan kegemaran Malaysia dan Barat.

Resort ini mengutamakan keselesaan pengunjungnya. Dengan itu resort ini lengkap dengan pelbagai kemudahan umpamanya restoran, surau, tandas awam, kolam renang dan kemudahan tempat rekreasi seperi bola jaring, bola tampar dan bola sepak pantai.

Kecantikan alam semula jadinya sangat mengasyikkan dan menggamit ramai pengunjung yang cintakan kedamaian.

Aktiviti Sesuai

Disini Tempat Menarik akan berkongsikan aktiviti yang anda boleh lakukan bagi tujuan santai santai dan enjoy bersama yang tersayang.

  1. Family Day – Disebabkan lokasi menghadap pantai anda bolehlah lakukan pelbagai aktiviti family day selepas check-in ke penginapan masing masing.
  2. Swimming Pool – Terdapat kolam renang bagi tujuan anak anak dan ibu bapa mandi bersama.
  3. Menikmati Pemandangan Pantai – Lokasi Resort yang betul betul berada di sebelah pantai memberi peluang anda menikmati pemandangan ini bersama yang tersayang ataupun sendirian bagi menenangkan otak yang serabut dan mendapatkan ketenangan.
  4. Membuat Event dan Seminar – Disini terdapat dewan yang boleh disewa dan dijadikan pakej bersama penginapan anda. Jadi Resort ini amat sesuai untuk dijadikan Lokasi Seminar dengan penginapan bilik superior dan pemandangan pantai.
  5. Majlis Perkahwinan – Sebahagian dari Event atau Seminar
  6. Flying Fox
  7. Berkayak

Harga dan Kos Terlibat

Harga Penginapan adallah bergantung kepada Tarikh dan Jenis Bilik yang ingin ditempah. Juga terdapat pakej pakej tertentu yang ditawarkan.

Harga Normal Sebilik adalah ~RM 100 – RM 300 semalaman.

Pakej

  • 2Hari 1Malam Beach Retreat – RM 250
  • 3Hari 2Malam Beach Retreat – RM 500
  • 3H2M Holiday Fun In The Sun – RM 590

**Tambah RM 25 bagi setiap orang (dewasa) dan RM 17 seorang (kanak-kanak) untuk Steamboat di MSR sahaja

**Naik taraf ke bilik kategori lebih tinggi pada RM20 untuk satu malam

Terma dan Syarat

  • Minimum 2 orang
  • Surcaj RM50 + 6% bagi setiap malam dikenakan pada malam dan hari cuti umum
  • Surcaj RM35 + 6% bagi setiap malam dikenakan pada hujung minggu cuti sekolah (Jumaat & Sabtu)

Penginapan yang Ada

  1. Superior Sea Front
    Bilik bagi dua orang dengan katil double/ berkembar dan bilik mandi peribadi
  2. Superior Terrace Sea Front
    Bilik bagi dua orang dengan katil double/ berkembar dan bilik mandi peribadi

Promosi Istimewa yang di Berikan

Buat masa ini tiada promosi yang diwar-warkan di Resort ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Merang Suria Resort

Jom Lihat Review Pengunjung di Merang Suria Resort.

I came here with my wife for weekend vacation trip. The room is large and the bed okay. But with limited wall socket, we need to sacrifice our bed lamp socket to charge our smartphones. The table lamp, TV, and mini-fridge sharing 1 socket using 3 socket adapter.
The resort also provide kettle and compliment drinks sachets and cups. But after all socket used up, no more socket available for us to boils water to make drinks. For shower, hot water is not working. Hope resort management can improve the accommodation facilities. The 3 stars above only for room. Cafe foods & drinks is good. We had complimentary breakfast for 2. It is superb. I gave 4 stars for the foods & drinks here. The beach view also nice. – En Muhammad Afham.

It’s quiet and peaceful, suitable for honeymooners like us :). And Wifi is not provided in room but it is fine for us. Staff is friendly and helpful.
Good location for relaxing . Great pools. – Cik Syafiqah Hassim.

Hotel is clean , staff are friendly but the interior of the room and the toilet fitting are old , need to revamp it as there s alot of new hotel there – En Faris Iskandar

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, review ini dengan jayanya dibuat bagi menilai Lokasi Merang Suria Beach Resort bagi memanfaatkan bakal pelanggan pelanggan yang dihormati.

Penulisan ini bertujuan berkongsikan maklumat tempat menarik agar membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk melancong dan juga telah menjangkakan apa faedah atau kekurangan yang bakal dihadapi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua. (http://www.suriaresorts.com.my/terengganu-ms/pakej/)

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Merang Suria Resort , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa kongsikan review anda di ruangan komen.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleKenali Lokasi Tempat Makan Terbaik di Negeri Perak
Next articleLost World of Tambun Janjikan Pengalaman Hebat Jika Bercuti di Perak
merang-suria-resort-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!