"Port Rahsia" Instafamous dan Pelancong Seluruh Negeri

Terengganu Selangor Sarawak Sabah Putrajaya Pulau Pinang Perlis Perak Negeri Sembilan Melaka Kuala Lumpur Kelantan Kedah Pahang Johor

Menunggang Kuda di Island Horses Langkawi

842

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Island-horses

Assalamualaikum. Kepada anda yang meminati aktiviti menunggang kuda boleh datang ke Island Horses kerana disini merupakan tempat yang sesuai. Island Horses merupakan tempat menarik di Langkawi. Tidak semestinya orang yang berpengalaman menunggang kuda sahaja boleh datang ke sini tetapi yang tiada pengalaman juga boleh datang kerana disini ramai penunggang berpengalaman yang akan mengajar anda.

Terdapat beberapa laluan menarik disediakan untuk penunggang seperti laluan kampung, meredah hutan dan juga tepi pantai. Anda boleh memilih mengikut kesukaan. Semua peralatan menunggang seperti pelana, paku payung, topi kaledar dan lain-lain disediakan kecuali kasut bot. Bawa kasut bot sendiri jika ingin mencuba aktiviti menunggang kuda.

Di sini anda mungkin dapat menjenguk kuda Arab bernama Al-Bariq yang dipunyai oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad. Untuk pengetahuan anda, kuda Al-Bariq ini adalah hadiah pemimpin Arab kepada beliau dan kuda Arab adalah termasuk di antara haiwan termahal di dunia. Jadi ambillah peluang ini untuk melihat sendiri haiwan ini.

Cari pengalaman menunggang kuda di Island Horses yang pasti membuatkan anda teruja. Anda pasti akan suka dan jatuh hati dengan aktiviti ini. Di tempat lain mungkin anda tidak akan diberi peluang untuk menunggang kuda. Jadi, datanglah ke Island Horses yang telah admin muatkan dalam Peta Tempat Menarik. Harap bermanfaat.

WOW! AKTIVITI MENUNGGANG KUDA DI ISLAND HORSES

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot No. 1666, 67 & 68, Jalan Telaga 7 (Seven Wells Waterfall), Mukim Padang Matsirat, Kedah Darul Aman, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 4753
  • Waktu Operasi : Sesi 1: 7:00 a.m – 11:00 a.m , Sesi 2: 2:00 p.m -6:00 p.m 
  • Facebook : Island Horses Langkawi
  • Website : langkawihorses.com
  • Peta Lokasi : 

Macam mana, menarik bukan?

Dapatkan Info Menarik di Island Horses

Pakej Tunggang Kuda

Disini anda boleh melihat dan menunggang kuda. Terdapat empat pakej menunggang kuda. Pakej yang ditawarkan sesuai untuk penunggang tiada pengalaman sehingga yang sudah mempunyai pengalaman menunggang kuda.

  1. Pakej Fun Rides
  2. Pakej ‘Beach or Jungle’ rides
  3. Pakej ‘Kampung Rides’
  4. Exclusive Jungle Trails

Harga dan Kos Terlibat

Rujuk Jadual di bawah:

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Island Horses

Info Apa Yang Anda Perlukan?

Jom Lihat Review Pengunjung di Island Horses

Best riding experience of my life. Ridden many reluctant, plodding school horses over many years. Had an excellent guide for 2 hour beach trek, on a well trained, responsive and lively horse. Fantastic experience cantering through the surf. Lee Norman.

Great experience, especially for both my daughters. absolutely love it. Azmi Kamarudin.

Excellent stables in langkawi. I always come here as the really do look after the horses. Always a great trip and would highly recommend. Elly0102.

Healthy looking horses with good tempers. The trainers took into consideration our riding experience and selected the horses accordingly. We rode through the jungle and on the beach and even in the ocean! Bronwyn I.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.percutianbajet.com, www.jomjalan.com.my dan laman web island horses kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat berguna dalam membantu admin membuat ulasan mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Island Horses, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Island Horses.

Facebook Comments