Menginap di Villa Rimbun Desa Rasai Suasana Privacy dengan Kolam Renang & BBQ

32187

Assalamualaikum. Terdapat beberapa tempat sebelum ini yang telah kami kongsikan berkongsepkan Villa ini. Pastinya akan ada kelainan jika anda menginap di Villa berbanding di hotel atau resort. Apa kelainannya akan kami kongsikan nanti dan kali ini kami ingin kongsikan satu lagi lokasi atau tempat menarik di Selangor.

Ya, pengalaman berbeza yang kami maksudkan ialah jika di hotel atau di resort sudah semestinya privacy yang anda dapat hanyalah ketika berada di dalam bilik sahaja. Tetapi jika keluar sahaja bilik maka anda akan bertemu dengan ramai lagi orang yang anda tidak kenali. Jadi, sudah semestinya tiada lagi privacy anda! Hal ini juga sama dengan resort.

Jad, kelainan jika anda menginap di Villa yang berkongsepkan privacy ini ialah anda umpama menginap di rumah sendiri. Pastinya rumah yang lengkap dengan kolam renang, lengkap dengan set BBQ, lengkap dengan peralatan rumah yang hebat dan pastinya suasana yang ekslusif. Setidak-tidaknya itu yang digambarkan jika anda menginap di Villa Rimbun Desa.

Baca sahaja sudah rasa teruja bukan? Jadi kali ini admin ingin kongsikan serba sedikit tentang lokasi ini. Apa yang penting, kami juga telah memasukkan lokasi Villa Rimbun Desa ini di dalam Peta Tempat Menarik ini.

Jom Menginap di Villa Rimbun Desa dan Rasai Pengalaman Berbeza di Sini

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot 22512, Lorong Belimbing, Kuang, Sg Buloh 48050, Selangor.
  • Nombor Telefon : 013-350 9705
  • Facebook : Villa Rimbun Desa
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Villa Rimbun Desa

Serba Sedikit Tentang Villa Rimbun Desa

Villa Rimbun Desa terletak di Kuang, Sungai Buloh Selangor. Ia merupakan sebuah villa mewah yang mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin. Villa Rimbun Desa cuma boleh menampung sebanyak 6 orang sahaja termasuk kanak-kanak pada satu masa. Namun begitu, kemudahan BBQ boleh menampung sebanyak 10 orang jemputan termasuk kanak-kanak.

Harga dan Kos Terlibat

  • RM350 semalam : Isnin hingga Khamis
  • RM450 semalam : Jumaat hingga Ahad, cuti sekolah dan cuti umum
  • RM50 untuk BBQ facility jika perlu.
  • Swimming pool adalah khas untuk kegunaan TETAMU YANG BERMALAM sahaja dan tidak dikongsi dengan orang lain.
  • Check-in time adalah pada 2pm & check-out time adalah 12pm.

Jadual Tempahan Villa

Sebenarnya jadual tempahan ini biasanya dikemaskini pada setiap bulan. Jadi, jika anda ingin mendapatkan yang paling terkini maka segera ke Facebook Villa Rimbun Desa dan lihat disana.

jadual penginapan villa rimbun desa bulan september jadual penginapan villa rimbun desa bulan ogos

Jom Saksikan Fasiliti dan Suasana di Villa Rimbun Desa

villa rimbun desa villa rimbun desa villa rimbun desa villa rimbun desa villa rimbun desa

Jom Lihat Review Pengunjung di Villa Rimbun Desa

Thanks a lot Villa Rimbun Desa kerana sediakan tempat yang best dan cantik dan selesa untuk kami seisi keluarga berkumpul dan bercuti di pinggir bandar. cheriterazanyra.blogspot.my

Sebaik melangkah ke dalam vila itu, unsur-unsur kayu mendominasi segenap ruang tatkala pemilihan perabot secara keseluruhannya diperbuat daripada kayu. Sudahlah strukturnya yang tradisional, warna hijau daripada pokok-pokok di sekeliling vila itu jelas menguatkan lagi elemen tradisional. Ia ibarat anda pulang ke kampung halaman sendiri. Paling menarik adalah sudah pasti landskapnya yang cukup cantik menghijau sambil bunyi air di kolam ikan yang tenang menambahkan lagi perasaan bercuti yang bebas tanpa gangguan. KosmoOnline.

Dari luar, vila ini macam rumah kayu tapi sebenarnya merupakan binaan batu-bata yang dicat menyerupai kepingan papan. Hiasan rekaan dalaman pulak berunsurkan kayu terutamanya dalam pemilihan perabot untuk tema rustik . Menarik kan! www.azhafizah.com

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada beberapa buah blog yang telah kami nyatakan diatas untuk berkongsi review di blog mereka. Gambar-gambar ini diambil dari facebook. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Villa Rimbun Desa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Villa Rimbun Desa.

Facebook Comments