

Membuat sedikit penambahbaikan, kali ini kami ingin kongsikan dengan anda semua mengenai satu aktiviti viral yang sangat diminati sekarang iaitu Mendaki Bukit Kluang. Kenapa kami katakan ianya viral? Kenapa tidak, hampir setiap kali hujung minggu kawasan tersebut akan dipenuhi dengan begitu ramai orang.
Ya, antara yang mengunjungi Bukit Kluang ini adalah terdiri daripada orang persendirian, kumpulan kakitangan kerajaan atau swasta, murid sekolah, mahasiswa dan ramai lagi. Semuanya berkerumun di Bukit Kluang seawal sebelum subuh lagi untuk mendaki dan berada di puncak bukit seawal yang boleh bagi menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit.
Percayalah, pemandangan diatas sana sangat cantik terutama ketika awal pagi. Dengan udara yang segar, pemandangan pantai, laut, pulau dan awan yang begitu membiru telah kami masukkan lokasinya di dalam Peta Tempat Menarik ini.
Pengalaman Menyaksikan Keindahan Matahari Terbit di atas Bukit Kluang
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Bukit Kluang
Saksikan Keindahan Pantai dan Pulau dari Atas
Cuba anda lihat pandangan atas ini. Admin cuba google dan alhamdulillah memang mudah sahaja jumpa gambar yang sangat cantik ini yang di ambil oleh Fuad Arif. Cuba perhatikan banjaran bukit, awan, matahari, laut. Gabungan ini memang sangat cantik! Teruja bukan nak datang kesini?
Menunggu Matahari Terbit Penuh Debaran
Ini pula pastinya menjadi pilihan buat mereka yang mengejar matahari terbit disebelah pagi. Ya, datanglah kesini pada awal pagi. InsyaAllah puas hati! Cuba lihat gambar dibawah yang sangat cantik di kongsikan oleh sahabat di dalam google juga.
Mandi di Pantai Bukit Kluang
Gambar ini memang cantik. Ya dan yang pasti bukan admin yang ambil ya. Ini admin google sahaja dan terima kasih kepada photographer yang kongsikan gambar ini di google. Memang puas hati kalau dapat mandi di kawasan tepi bukit ini. Namun pastikan anda tidak memijak kawasan berbatu nanti luka kaki kerana ada banyak kulit-kulit siput disana.
Aktiviti Snorkeling dan Menaiki Bot di Pulau Rhu
Snorkeling, banana bot dan jetski. Pastinya ianya satu perkara yang sangat mencabar bukan? Jom baca lebih lanjut di sini. Snorkeling dan Menaiki Banana Bot di Pulau Rhu Pantai Bukit Kluang Besut Terengganu.
Keindahan Bukit Kluang Besut Terengganu


Jom Lihat Review Pengunjung yang Sudah Mendaki Bukit Kluang
Bagi saya Bukit Kluang merupakan satu tempat riadah yang sangat cantik dan patut dijaga dengan baik. Ianya sangat unik sekali dan sangat rugi jika ianya dibiarkan tanpa penjagaan yang ketat kerana lama kelamaan ianya akan beransur rosak jika tidak dijaga. Selain itu, diatas bukit sana perlulah ditambah lagi tahap keselamatan kerana ianya sangat merbahaya kerana terlalu curam. Kebersihan laluan mendaki juga agak mengecewakan kerana semakin banyak sampah yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Pemandangan di atas Bukit Kluang sangat cantik, satu pengalaman yang hebat! Mohd Afizi Md Ali.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, pertamanya admin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua terutama yang banyak membantu secara langsung. Selain itu, kepada photographer diucapkan terima kasih atas perkongsian gambar-gambar ini yang admin ambil dari pelbagai sumber sama ada dari facebook atau google.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman mendaki Bukit Kluang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Bukit Kluang.