

Assalamualaikum. Oleh kerana Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk anda melihat kota Melaka dari pandangan dari atas. Menara ini merupakan tarikan pelancong dan tempat menarik di Melaka.
Rakyat Negeri Melaka dan juga para pelancong dapat melihat sendiri panorama menghijau termasuk deretan tempat bersejarah di Melaka dan juga tempat menarik di Melaka dari atas bandar Melaka.
Walaupun pelawat kadangkala agak ramai, jangan risau. Anda selalunya tidak perlu menunggu lama kerana menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat. Masa anda di atas pun singkat — hanya 7 minit sahaja.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke menara ini bagi melihat sendiri panorama Melaka Bandaraya Bersejarah. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!
WOW! MENARA TAMING SARI BERPUTAR UNTUK MELIHAT PANORAMA BANDAR MELAKA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
- Waktu Operasi :Â 10:00 a.m – 11:00 p.m
- Website : menaratamingsari.com
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Menara Taming Sari
Aktiviti Sesuai
Melihat keindahan Bandaraya Melaka dari pandangan atas. Anda dapat melihat tempat bersejarah dan tempat menarik di sekitar melaka.
Apabila ia naik ke atas, menara Gyro pertama di Malaysia ini akan berputar perlahan-lahan. Anda akan dapat melihat kawasan bersejarah seperti Bukit St. Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Masjid Selat dan replika kapal Flor De la Mar serta kepesatan pembinaan yang sedang dijalankan di seluruh kota.
Harga dan Kos Terlibat
- Warganegara : Dewasa : RM 17.00 , Kanak-kanak : RM 11.00
- Pelancong Asing : Dewasa : RM 23.00 , Kanak-kanak : RM 15.00
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Menara Taming Sari
Jom Lihat Review Pengunjung di Menara Taming Sari
You can see Malacca with a different view that are so spectacular. Reasonable price tickets and they offer you photography services. Murni jay.
Historical sites with many tourist attractions. Local and western fusion foods available with local delicacies being the main attraction e.g. chendol, variates of noodles and rice base foods. Wong J Lee.
Super aerial view of Melaka in air con comfort! 1 minute up 5 minutes rotation & 1min down! Wonderful experience. Loved it. nimmisupra.
Nice place. Once we go up we can see the melaka city in 360° view especially in time we feel amazing. Mohamed Jassim.
A great place to visit. What a beautiful scenery for me. And even my friend who afraid of height can take a ride. izzah ameerah.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada mymelaka.co, menaratamingsari.com/, www.jomjalan.com.my dan www.gomelaka.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Menara Taming Sari, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Menara Taming Sari.